Pages

Thursday, 28 February 2013

Doa Hancurkan UMNO Dan Barisan Nasional, Kini PAS Makin Tersasar. #TolakPR


Antara sepanduk yang dipasang oleh ahli PAS.


Perjuangan PAS semakin tersasar apabila Pas lebih sanggup mengetepikan matlamat asal kononnya untuk memperjuangkan Islam, semata-mata ingin menjaga hubungannya dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Usaha melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam kini semakin lenyap daripada sebutan pemimpin parti itu lebih-lebih lagi untuk menjaga hati pemimpin DAP.

Pengerusi Pembangunan Parlimen Marang, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, apa yang Pas buat selama kini sudah memakan dirinya sendiri bermula dengan isu Amanat Haji Hadi, Kalimah Allah, Doa Hancur BN/Umno dan yang terbaharu menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan.

"Amanat Haji Hadi telah menyebabkan berlaku perpecahan umat Islam di Malaysia hari ini dan amanat ini makan diri Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) begitu juga dengan isu kalimah Allah, ini semua hasil kerjasama Pas dengan DAP sehingga sanggup untuk menggugurkan prinsip Islam," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.Beliau berkata, perjuangan Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam kini turut dilupakan dengan menukar ia daripada penubuhan negara Islam kepada negara kebajikan, semata-mata untuk menjaga hati Pengerusi DAP, Karpal Singh yang kurang senang dengan matlamat Pas sebelum itu.

Katanya, pemimpin Pas iaitu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga merupakan Mursyidul Am Pas sanggup menghina penerima BR1M dengan mengumpamakannya seperti 'menabur padi dan hampas kelapa kepada ayam dan lembu'. Bercakap tentang sokongan rakyat kepada Pas, beliau berkata, kini semakin ramai pengikut Pas yang kecewa dan meninggalkan parti itu kerana tidak lagi yakin dengan perjungan sebenar Pas untuk menegakkan negara Islam.

Katanya, Pas akan menerima akibatnya pada PRU-13 dan tidak mustahil rakyat juga akan menolak Abdul Hadi di kawasannya sama ada di Marang (Parlimen) dan Rhu Rendang (Dewan Undangan Negeri).
Pada PRU-12 Abdul Hadi hanya menang dengan majoriti 2,747 di Marang manakala 2,686 di Rhu Rendang dan beliau sebenarnya pernah kalah di tangan Abdul Rahman yang digelar 'Giant Killer' pada 1984 dan 2004.

"Saya yakin PRU-13 kali ini adalah peluang terbaik kepada rakyat untuk menolak Pas yang telah banyak membawa perpecahan dan menjatuhkan maruah umat Islam," katanya yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia. Menurutnya, kerjasama Pas bersama DAP dan PKR langsung tidak memberi apa-apa keuntungan kepada Pas malah penyokongnya melihat parti Islam itu hanya menjadi kuda tunggang DAP dan PKR untuk mencapai matlamat mereka menumbangkan BN dan UMNO.

Katanya, Pas pernah diberi peluang memerintah Terengganu untuk tempoh sepenggal, namun hakikatnya tidak ada apa-apapun yang Pas buat sepanjang tempoh pemerintahan selain hanya mengaut kekayaan daripada hasil balak untuk kepentingan pemimpin Pas sahaja. "Apa yang Pas buat, tiada, di kawasan Marang sendiri, kawasan Abdul Hadi hanya satu masjid yang Pas buat berbanding 54 yang kerajaan BN buat," katanya.

Menurutnya, rakyat hari ini sudah tahu permainan politik Pas yang hanya lantang bersuara untuk menegakkan Islam dan menuduh BN dan UMNO parti yang menolak Islam sedangkan apabila bersama DAP, isu tersebut langsung tidak ditimbulkan. Bekas anggota Pas (cikgu) Zainon Ismail atau juga dikenali dengan nama CN AL-Afghani mendakwa, Pas ada menandatangani perjanjian rahsia dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan terus perjuangan berkaitan hudud dan negara Islam.

Beliau berkata, perjanjian yang dipersetujui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Hadi dan Penasihat DAP Lim Kit Siang itu ditandatangani pada Disember 2009. "Hudud tidak akan dilaksana jika pakatan pembangkang menawan Putrajaya sebaliknya mereka kata, memadailah guna undang-undang persekutuan sedia ada," katanya dalam ceramah umum di Kampung Seberang Takir di sini malam tadi.

Zainon berkata, Pas hari ini sudah jauh melencong daripada perjuangan asal mereka dan mereka lebih rela tunduk kepada pemimpin bukan Islam berbanding berhadapan dengan kekalahan kerana mahu menegakkan kerajaan Islam.

"Jangan kata kerajaan BN/Umno itu tidak menegak Islam, sejak merdeka Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama) telah meletakkan asas Islam di peringkat paling tinggi iaitu sebagai agama Persekutuan," katanya.

Katanya, selepas rakyat Terengganu menolak Pas pada 2004, kini giliran rakyat di Kedah pula yang bangkit dan kecewa dengan pemerintahan Pas yang gagal membawa perubahan di negeri itu sejak sepenggal lalu.


SUMBER : BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels