Pages

Friday, 1 March 2013

PAS Dalam Dilema!! #TolakPR



Sikap PAS yang sering berdolak-dalik dan berbelah-bahagi di kalangan anggotanya dan rakan pakatannya, DAP-PKR, mengenai sesuatu isu memperlihatkan parti Islam itu bagai mengalami gangguan mental, kata penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling.
Beliau berkata watak PAS yang serba salah dan “terperangkap di dalam dilema yang amat parah” dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan Islam dan politik sama seperti penyakit gangguan mental dan psikologi.
“PAS tidak tahu apa yang dia hendak buat, nak ikut sosialis DAP atau Islam PAS. Malah psikologi PAS dilihat dalam keadaan yang serba salah di mana parti itu dilihat “cakap tidak betul, kemudian tarik balik (kenyataan itu) dan jadi kacau-bilau,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Isu pengunaan kalimah Allah dalam kitab Injil memberi tamparan hebat kepada PAS apabila keputusan dikeluarkan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang menyokong penggunaan kalimah tersebut oleh orang bukan Islam. Bagaimanapun keputusan itu disanggah Majlis Syura Ulama PAS.
Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diguna oleh bukan Islam dan Abdul Hadi sepatutnya menarik balik keputusannya dalam mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang, malangnya sehingga hari ini tiada tindakan untuk membetulkan perkara tersebut.
Ketidaksepakatan PAS dengan rakan pakatannya juga dilihat dalam menentukan calon perdana menteri pakatan parti pembangkang itu sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
PAS mencadangkan jawatan itu disandang Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bagaimanapun Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memegang jawatan tersebut.
Zainal, pengarah Pusat Kajian Integrasi Nasional Malaysia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata PAS yang dilihat semakin terdesak menjelang PRU-13 terpaksa menggunakan strategi memburuk-burukkan kerajaan.
“Dia cakap tentang negara berkebajikan, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat kebajikan yang lebih hebat. Dia (PAS) tidak tahu apa hendak buat sebab itu cakap pasal Firaun dan ayam (penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia),” katanya.
Beliau berkata PAS perlu memeriksa iman mereka dengan mendalam sekiranya mahu terus bersama-sama dengan rakan pakatannya.
“Kalau nak jadi Islam, tidak boleh berkawan dengan sosialis (DAP). Kalau nak tawan Putrajaya (bersama-sama DAP dan PKR), parti itu perlu mengorbankan konsep (negara) Islamnya dan mereka akan hilang sokongan kalau hendak jadi sosialis,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Global Relief Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata sikap berdolak-dalih PAS itu membuatkan golongan belia meluat dengan politik pembangkang.
“Sifat dolak-dalik dan sering berubah pendirian boleh disamakan dengan sifat hipokrit. Mereka seharusnya bersifat lebih telus dengan pendapatnya dan jangan melompat-lompat semata-mata hendak memancing undi dan beri keuntungan kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata PAS juga banyak kepincangan dari segi pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri seperti isu air di Kelantan dan hutan di Kedah yang masih belum ada jalan penyelesaian.
“Daripada PAS sibuk ubah pendirian, mereka sepatutnya harus ambil kedudukan yang mereka boleh dihormati, setidak-tidaknya rakyat boleh menilai apa yang diperjuangkan oleh PAS,” katanya.
Akhramsyah Muammar Ubaidah berkata beliau hairan bagaimana PAS boleh duduk semeja dengan DAP dan PKR yang langsung tidak menghormati kedudukan parti Islam itu.
“Kalau hendak kekal hipokrit (terus bersama pakatan), atau lebih selesa keluar dengan maruah dan elak daripada dosa, faham-faham sendirilah,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Abdul Karim Omar berpendapat PAS khuatir akan kehilangan dua negeri tadbirannya, Kedah dan Kelantan sekiranya mereka memilih Anwar sebagai perdana menteri.
Beliau berkata adalah lebih baik juga sekiranya PAS tidak bersama PKR dan DAP supaya parti itu dapat menegakkan syiar Islam dan bersatu demi agama.
“Mungkin sekiranya mereka bersama Umno lebih baik, sama-sama Islam bersatu menyertai politik,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels