Pages

Wednesday, 27 February 2013

[VIDEO] : Jelajah Kembara Tukar Mendapat Sambutan #TukarKelantan

Kamaruddin (depan) bersama rombongan Kembara Tukar di Kota Bharu,Kelantan


Seramai 22,500 peserta membabitkan 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan terbabit menjayakan Kembara TUKAR yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR). 

Pengerusi TUKAR, Kamaruddin Mohd Kassim, berkata jumlah itu berdasarkan kepada setiap kawasan DUN dikunjungi akan membabitkan penyertaan 500 orang, yang kebanyakannya golongan muda menunggang motosikal. 

Beliau berkata, konvoi berkenaan turut disertai sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori, yang akan memuatkan 120,000 risalah pendedahan aktiviti pembalakan, penerokaan tanah, serta 45,000 keping cakera padat (CD) untuk diedarkan kepada rakyat Kelantan. 


“CD berkenaan mengandungi lagu dikir barat, yang memuatkan lagu menggesa rakyat Kelantan menyokong Kerajaan Pusat yang selama ini banyak memberi sumbangan kepada negara. 

120,000 risalah diedar 

“Kita juga menyasarkan untuk bertemu lebih 120,000 rakyat Kelantan sepanjang kembara TUKAR bermula hari ini (semalam) dan berakhir 28 Februari ini membabitkan 45 lokasi di seluruh negeri,” katanya ketika Kembara TUKAR berhenti berhampiran Pasar Siti Khadijah untuk mengedarkan CD dan risalah, di sini, semalam. 

Pasar Siti Khadijah di bandar ini adalah destinasi pertama Kembara TUKAR sebelum menjelajah kawasan lain yang bakal berakhir di lokasi batu asas Jambatan Palekbang ke Kampung China di Pasir Pekan, pada 28 Februari ini. 

Dedah kelemahan PAS 

Mengulas lanjut program Kembara TUKAR, Kamaruddin berkata, antara program akan diadakan ialah tayangan kegiatan penerokaan tanah dan pembalakan dipercayai dilakukan syarikat swasta secara tidak terkawal menerusi wayang pacak untuk tontonan rakyat. 

“Kita menjadikannya sebagai wadah untuk bersama-sama rakyat dan mereka perlu mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan,” katanya. 

Selain itu, Kamaruddin berkata, peserta Kembara Tukar juga dijangka bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mac ini di Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. 








SUMBERhttp://www.bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels