Pages

Tuesday, 26 March 2013

#BB1M Dapat Meringankan Beban Pelajar IPTA/IPTS, Tingkatan 6,Politeknik Dan Matrikulasi.



OBJEKTIF

Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku 


pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat 


membaca di kalangan rakyat Malaysia.



KRITERIA KELAYAKAN


Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah 


terdiri daripada:


1. warganegara Malaysia;

2. berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M;

3. sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif di pusat matrikulasi/ 


tingkatan 6/ Politeknik/ Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta 


tempatan dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2013;


4. menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian 


Tinggi atau institusi pengajian yang telah berdaftar di bawah akta-akta 


yang berkuatkuasa;


5. sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau separa masa;


6. sedang melanjutkan pengajian dalam matrikulasi / pengajian asas 


(foundation) / tingkatan 6 / A-Level / diploma / diploma lanjutan / sarjana 


muda / sarjana / doktor falsafah / kursus professional dengan kelayakan 


bertaraf diploma ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan 


profesional di Malaysia; dan


7. sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar 


di bawah anak syarikat IPT berkenaan.



KADAR BAUCAR BUKU


Sebanyak 5 keping baucar buku (RM50 sekeping) yang berjumlah RM250 boleh 


dituntut di agensi/ institusi oleh pelajar sendiri. Waris atau wakil adalah tidak 


dibenarkan untuk membuat tuntutan bagi pihak pelajar yang layak.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels