Pages

Saturday, 2 March 2013

#Lahad Datu : Pemimpin Pembangkang Mempolitikkan Kematian Pewira Kita Dikritik Oleh DS Shahrizat



Susulan kelantangan pemimpin Pakatan Rakyat yang cukup gemar mempolitikkan dalam segala hal, lantas satu lagi isu hangat yang telah dipolitikkan dalam usaha untuk menyuntik kemarahan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.
Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengeluarkan kenyataan itu telah menyebabkan rakyat marah kerana sikap tidak perikemanusiaan pemimpin pembangkang berkenaan.
Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.
Berang dengan sikap Tian Chua, lantas, Ketua Pergerakan Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini menyifatkan pemimpin tertinggi PKR itu sebagai seorang yang tidak berperikemanusiaan serta tidak sensitif dengan nasib yang menimpa kedua-dua perwira negara terbabit.
“Saya nak ambil kesempatan di sini untuk lahirkan perasaan dukacita apabila kita mengikuti laporan media… bagaimana pihak pembangkang memperlekehkan dan mempersendakan tragedi yang berlaku ini.
“Saya kesal kerana isu keselamatan diperlekehkan dan dipersendakan oleh puak-puak Pakatan Rakyat… ini bukan masanya, jangan atas nama politik mereka nak mempermainkan isu-isu kestabilan dan keselamatan negara.
“Mereka ini langsung tidak sensitif dengan perasaan keluarga kedua-dua mangsa.
“Anggota komando di Lahad Datu telah bertarung nyawa untuk mempertahankan negara tetapi pihak pembangkang seperti tidak ada hati perut sanggup mempolitikkan kematian kedua-dua perwira ini,” katanya.
Shahrizat menambah, Wanita BN menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara dan tidak rela untuk melihat pihak pembangkang meremeh, mempersenda dan mengejek anggota pasukan keselamatan.
Katanya lagi, pemimpin Pakatan Rakyat seolah-olah tidak sedar diri dan lupa bahawa keselamatan negara selama ini adalah hasil titik peluh pihak keselamatan.
“Beginilah cara pembangkang bermain politik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Shahrizat menambah, pergerakan wanita merakamkan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga allahyarham yang telah kembali ke ke rahmatullah demi mempertahankan keselamatan negara.
Katanya, Wanita BN sedia membantu kedua-dua keluarga sekiranya mereka memerlukan bantuan dari segi kebajikan dan lain-lain keperluan.
SUMBER : PERAK TODAY
AYUH PEJUANG NEGARA, DOA KAMI MENGIRINGI ANDA DI SANA. SEMOGA MALAYSIA AMAN MAKMUR SEJAHTERA

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels