Pages

Sunday, 3 March 2013

#LahadDatu : Nur Misuari Akan Menghantar Tentera Ke Sabah


Nur Misuari memberi amaran supaya kerajaan Malaysia tidak mengapa-apakan orang2 'Sultan Sulu' yang menceroboh Lahad Datu sejak 3 minggu lalu. Jika situasi tersebut berlaku, Nur Misuari akan menghantar 'tentera'nya datang ke Sabah untuk memberi bantuan. 

Amaran tersebut dinyatakan minggu lepas dalam sebuah portal berita Filipina, sebelum keadaan semakin meruncing sejak 2 hari lalu yang telah mengorbankan 14 nyawa setakat ini.

Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim mempunyai hubungan istimewa dengan Nur Misuari (dan bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada)... pencerobohan ini juga dikatakan mempunyai kaitan dengan mereka [BACA SINI -KLIK!]



Adakah 'tentera' Nur Misuari akan datang menyerang Sabah membantu lanun2 Sulu yang telah menceroboh di sini?? Adakah Anwar Ibrahim benar2 memainkan peranan dalam menyusun drama huru-hara yang menyimpang dari plot asal ini demi kepentingan politiknya?? Lebih banyak bukti akan didedahkan selepas ini...

Al-Fatihah untuk wira2 bangsa yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara... Laknatlah Anwar Ibrahim atas semua kesedihan yang terpaksa dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Baca lebih lanjut penglibatan Anwar & Nur Misuari dalam konflik Lahad Datu KLIK SINI !

Yang terkorban dari kedua-dua belah pihak adalam umat Islam, tapi siapa yang mula tersenyum lebar dengan berita ini?? jawapannya; ANWAR IBRAHIM kerana menyedari cita2 politiknya untuk menspekulasikan isu bagi menambah bilangan undi PRU13 di Sabah semakin menampakkan hasil.

Menurut laporan portal berita Filipina, Anwar Ibrahim telah menghantar wakilnya, seorang ahli politik Sabah menemui Sultan Sulu sebelum insiden pencerobohan di Lahad datu berlaku. Dengan bukti ini berkemungkinan besar pencerobohan di Timur Sabah itu adalah idea Anwar Ibrahim.

Ahli politik pembangkang sudah mula mempolitikkan kematian 2 anggota PDRM dengan mengaitkan sebagai sandiwara pihak kerajaan/BN, ada juga yang menyalahkan kerajaan/BN atas kematian tersebut sedangkan semua pihak sudah mencuba segala yang terbaik untuk menyelesaikannya secara diplomasi.

Harap pihak berkuasa menyiasat Anwar Ibrahim & semua yang terlibat dengan rundingan bersama Sultan Sulu bagi mencari siapakah dalang sebenar yang harus dibawa ke pengadilan berkaitan kematian dua orang pejuang negara yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negaranya!

Selanjutnya mengetahui dalang di sebalik pertempuran di Lahad Datu. KLIK SINI

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels