Pages

Saturday, 9 March 2013

#PrayForSabah : [EKSKLUSIF] Bayi Lahad Datu Selamat Dilahirkan

KAKITANGAN kesihatan memberi suntikan kepada bayi Adawiyatul Jannah di Dewan Serbaguna Embara Budi di Felda Sahabat 12, Kampung Tanduo semalam.



LAHAD DATU – Ketika penduduk Kampung Tanjung Labian dekat sini berasa cemas dan bergegas meninggalkan rumah masing-masing ekoran pendaratan puluhan lelaki bersenjata Isnin lalu, lain pula ceritanya bagi sepasang suami isteri.

Tidak pernah tergambar di fikiran Basri Tabit, 26, yang isterinya, Adawiyatul Jannah Sarip Maulah, 25, terpaksa melarikan diri dalam keadaan menanggung kesakitan selepas tiga jam wanita itu melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.2 kilogram.

Bayi yang sihat dan cukup sifat itu kemudian diberi nama Wan Maulina Awani Izatul. Kejadian itu berlaku sehari sebelum pasukan keselamatan menggempur Kampung Tanduo.

Mengimbau semula kejadian itu, Adawiyatul Jannah berkata, sebaik melahirkan bayinya pada pukul 6 petang, mereka mendapat berita mengenai empat buah bot yang mendarat di pantai berhampiran kampung.

Katanya, dia yang bimbang sesuatu yang buruk menimpa mereka sekeluarga kemudian menguatkan semangat dan kudrat untuk bergegas keluar dari kampung bagi menyelamatkan diri.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu dilahirkan di rumah dan dibidankan oleh bidan kampung berikutan tiada pengangkutan.

Sebaik bidan memotong tali pusat, suami berusaha mencari kenderaan sebelum menemui seorang jiran yang mempunyai sebuah lori untuk mengangkut sawit. Kami tiada pilihan dan terpaksa menaikinya juga,” ceritanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Embara Budi di Felda Sahabat 12 di sini.

 - kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels