Pages

Tuesday, 5 March 2013

#PrayForSabah : [EKSKLUSIF] Rakyat Sabah Berbangsa Suluk Tetap Setia Dengan Malaysia



UPDATE LAHAD DATU: Meskipun mempunyai pertalian persaudaraan dengan bangsa Sulu di selatan Filipina, nyata taat setia rakyat Sabah bangsa ini terhadap Malaysia tidak goyah.

Sebaliknya, mereka mengutuk tindakan kumpulan bersenjata itu yang jelas mencabuli hak keamanan mereka yang dinikmati sejak sekian lama, selain menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan.
Bahkan ada antara mereka tidak mahu dikaitkan dengan kumpulan berkenaan dalam kemelut yang memasuki hari ke-22 hari ini, kerana malu.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Azly, 45, berkata sejak merdeka, rakyat Sabah termasuk bangsa Sulu hidup aman damai di negeri ini bahkan mendapat layanan baik daripada kerajaan negeri.


RAKYAT MALAYSIA BERBANGSA SULUK MENGUTUK KEGANASAN PENCEROH DI SABAH
"Kebanyakan mereka yang berbangsa Sulu ada yang menjadi nelayan dan usahawan serta kakitangan kerajaan. Ini contoh kejayaan bangsa Sulu di sini. Pada saya, sepatutnya orang di sana membiarkan bangsa mereka di sini maju dan berjaya... mereka kena reda.

Persoalannya "kenapa baru sekarang soal ini (isu tuntutan ke atas Sabah) berbangkit?," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Azly, seorang usahawan, berkata kemelut pencerobohan tidak sepatutnya berlaku sekiranya rakyat di selatan Filipina memahami sejarah bahawa Sabah milik Malaysia.


"Mereka ini berpendapat selagi ada bulan dan bintang, selagi itu Sabah milik mereka kerana mereka tidak melihat kepada sejarah," katanya.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata daripada jumlah pengundi berdaftar di Sabah sebanyak 926,638 orang tahun lepas, dianggarkan 80,000, ialah pengundi bangsa Sulu.

Beliau juga yakin bangsa itu tidak akan menimbulkan apa-apa masalah berikutan krisis yang berlaku di Kampung Tanduo dan Semporna yang menyaksikan kira-kira 19 orang penceroboh terbunuh manakala lapan anggota keselamatan negara gugur.

"Bangsa Sulu yang menjadi rakyat Malaysia sangat taat setia dan mencintai negara ini. Mereka telah mempunyai keluarga dan pekerjaan tetap seperti nelayan, peniaga dan penjawat awam.

"Apa yang berlaku, pencerobohan ini tidak disukai oleh rakyat Malaysia bangsa Sulu kerana ia menjejaskan imej mereka... dan ini pada saya cumalah isu untuk hendak mendapatkan perhatian antarabangsa berkaitan tuntutan ke atas Sabah," katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Amin, berkata beliau menentang sekeras-kerasnya tuntutan mereka yang menggelar diri mereka di bawah Kesultanan Sulu untuk memiliki Sabah kerana beliau lebih selesa dengan pemerintahan kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu, katanya, mengikut kefahaman masyarakat di sini, Sabah bukan milik Kesultanan Sulu.

Dalam pertempuran Jumaat lalu, 12 orang daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera.

Di Semporna pada Sabtu, enam anggota polis gugur sebagai wira negara selepas diserang hendap sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh.

SUMBER : UTUSAN

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels