Pages

Friday, 15 March 2013

#PrayForSabah : Sultan Kelantan Melawat Keluarga Pewira

SULTAN Muhammad V bertanyakan perkembangan semasa peristiwa pencerobohan berdarah di Lahad Datu kepada Panglima 8 Briged, Brigedier General Datuk Mohamad Zaki Hamzah dan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman selepas majlis tahlil Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah, di kampung Bayu Lalang, di Pasir Mas, Kelantan malam tadi. - UTUSAN



PASIR MAS 15 Mac - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli berangkat menziarahi dan menyertai majlis tahlil untuk Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, di kediaman keluarganya di Kampung Bayu Lalang di sini malam tadi.

Mengiringi baginda ke majlis tersebut ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Panglima 8 Briged, Brigedier General Datuk Mohamad Zaki Hamzah dan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Baginda yang tiba kira-kira pada pukul 9.30 itu kemudiaanya mengetuai bacaaan tahlil yang turut disertai kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham dan penduduk setempat.
Selesai majlis berkenaan, baginda kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dengan kedua-dua ibu dan bapa Allahyarham dan mengucapkan takziah diatas pemergian anak kesayangan mereka itu ketika berjuang mempertahankan negara.

Bapa Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah, Ismail Husin, 50, berkata, dia berasa begitu bangga apabila Sultan Kelantan datang menziarahi mereka sekeluarga dan menyertai bacaan tahlil untuk arwah anaknya.
Katanya, dia bagaikan bermimpi apabila dapat berbual-bual dengan Sultan secara dekat dan baginda Sultan turut menyuruh dia sekeluarga supaya bersabar dan mengucapkan takziah kepada mereka.

Sementara itu, ibu Allahyarham Hurairah pula berkata, kedatangan baginda Sultan malam ini sedikit sebanyak telah mengubat hatinya ketika masih meratapi dengan pemergian arwah.

"Saya rasa begitu bangga dan bersyukur dengan kedatangan baginda Sultan menziarahi dan membaca tahlil untuk arwah anak saya. Baginda Sultan turut bertanya khabar kepada saya dan menyuruh saya supaya banyak-banyak bersabar,"katanya. - UTUSAN

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels