Pages

Friday, 8 March 2013

#PrayForSabah : [TERBONGKAR] Puteri Sulu Berbohong

JACEL sebelum ini menunjukkan kepada media Filipina gambar palsu anggota-anggota keselamatan Malaysia yang terbunuh di Sabah di rumahnya di Manila pada Ahad lalu.



MANILA - Pejabat Presiden Filipina, Benigno Aquino III mendakwa anak Sultan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram menunjukkan sekeping gambar palsu yang menunjukkan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang terkorban semasa bertempur dengan para pengikut bapanya di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com kelmarin.
Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menghantar adiknya, Raja Muda Azzumuddie dan para pengikutnya ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut hak warisan Kesultanan Sulu.
Pertempuran kemudian berlaku antara anggota pasukan keselamatan Malaysia dengan para pengikut Jamalul Kiram itu.
Jurucakap Pejabat Presiden dalam satu kenyataan media berkata, gambar itu merupakan gambar anggota-anggota tentera Thailand yang terkorban dalam satu kejadian pada tahun 2007 dan tiada langsung mempunyai kaitan dengan krisis di Sabah.
"Percubaan penipuan Kiram melampaui batas dan tersasar ke dalam tindakan menghasut dan tidak bertanggungjawab.
"Ia menyebabkan timbul persoalan tentang kewibawaan keluarga Jamalul Kiram dan pengembaraan mereka yang malang itu," kata pejabat berkenaan.
Pejabat itu mempersoalkan sama ada beberapa dakwaan lain yang dibuat Jamalul Kiram juga palsu.
"Kita semua kini memikirkan adakah terdapat kenyataan-kenyataan lain yang dibuat keluarga Jamalul Kiram juga adalah palsu?" kata pejabat tersebut.
Menurut portal berita GMA News, gambar itu sebelum ini telah diterbitkan di muka hadapan akhbar Philippine Star.
Selepas dimaklum beberapa orang pembaca, pihak GMA News kemudian turut mengesahkan imej tersebut palsu.
Gambar askar-askar Thailand yang terkorban itu pernah disiarkan di internet sebelum ini.

SUMBER : Kosmo Online

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels