Pages

Monday, 4 March 2013

#PrayForSabah : TERKINI !!! [PALSU] Jangan Mudah Tertipu Dengan Pandangan Mata

Ada 2 isu besar pembohongan media pembangkang yang disertakan dalam entri kali ini.

1.  'Sultan Sulu' adalah ahli UMNO

2. Gambar DS Najib Razak bersama 'Sultan Sulu'

Laporan terbaru yang diterima ialah pembohongan laporan media pembangkang yang mengaitkan Sultan Sulu dengan parti UMNO!

Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, seorang ahli UMNO telah dituduh sebagai Sultan Sulu yang sebenarnya dan di atas perintah beliau, negeri Sabah dicerobohi!


Bagaimana pun, pembohongan ini didedahkan oleh Mohd Akjan di dalam media. Malah, beliau telah membuat laporan polis ke atas pembohongan tersebut. 

Media melaporkan :
As Mohd Akjan moved to clear the air over the controversy, his close aides lodged a police report for alleged slander against him to counter reports that had been made over his alleged installation as the Sulu Sultan. 
Mohd Akjan said he was born in Kampung Limau Limaun in northern Kudat and is a Malaysian
“If I accept the Sultan of Sulu position in November, I will have to give up my Malaysian citizenship. I have not gone crazy as claimed by some of my critics. I am fully aware of what I am doing,” he added.
Kenyataan Mohd Akjan itu sekaligus membuka pekung hangit lagi kotor media pembangkang. Dalam masa yang sama, desperado dan sikap terdesak media pembangkang untuk menabur pembohongan dan sengaja mengaitkannya dengan UMNO adalah satu perkara yang sangat jelas.

Memalukan!

Admin juga tertarik dengan entri rakan blogger otai MPP tentang pembohongan media alternatif pembangkang tentang kaitan DS Najib Razak dengan dalang penceroboh penjenayah di Lahad dan Semporna. klik sini


Dan hanya sekeping gambar, media alternatif menabur fitnah tetapi pembohongan itu terpalik kembali ke muka mereka.  

Begitu juga dengan HaprakDaily HarakahDaily yang berbohong di dalam laporan mereka, satu lagi sikap jahat lidah rasmi PAS yang suka berbohong sejak dulu lagi.

Lihat printscreen di bawah :




Di bawah adalah penjelasan sebenarnya tentang pembohongan media pro-pembangkang.


Gambar asal di atas yang diambil oleh Reuters ialah DS Najib Razak bersama Al Haj Murad, Pengerusi Moro Islamic Liberation Front (MILF).


Gambar di bawah ialah Jamalul Kiram 111 yang sebenarnya :


Malangnya, sehingga ke saat ini, masih ada pihak yang keliru dengan perbezaan di antara Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan Moro National Liberation Front (MNLF).

Oleh kerana bilangan mereka yang merupakan majoriti di Selatan Filipina, MILF terlibat di dalam perjanjian damai dengan Filipina baru-baru ini manakala MNLF dikaitkan dengan dalang pencerobohan di Sabah.

Kita faham sikap desperado pihak pembangkang yang melenting apabila media asing mengaitkan mereka dengan penceroboh yang mencemari kedaulatan negara kita.

Tetapi dalam masa yang sama, Keldaian Keadilan Daily gagal melaporkan kenyataan Anwar Ibrahim tentang beberapa perkara fundamental dalam kronologi pencerobohan di Sabah?

Jika merujuk kepada laporan lidah rasmi PKR itu, ceramah di Seberang Jaya baru-baru ini tidak dijadikan tempat untuk menerangkan gambar kontroversi Anwar dan Nur Misuari. Malah, tiada laporan tentang pendedahan Inquirer News, Reuters atau pun Manila News.

Kenapa atau lidah rasmi PKR itu mempunyai satu set laporan berita lain yang belum disiarkan?

Maksud mudah, insiden berdarah di Sabah dan kaitannya dengan pakatan pembangkang benar-benar telah mengguris imej parti itu yang sudah hampir hancur dek polemik kalimah Allah sebelum ini.

Rakyat sudah nampak kepincangan pakatan pembangkang dan sudah pasti tidak mengundi mereka di PRU13 nanti.


SUMBER Dr MiM

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels