Pages

Wednesday, 6 March 2013

#PrayForSabah : [Terkini & Video] 4 Penceroboh Berjaya Diberkas PDRMsia



4 suspek penceroboh Sulu ditahan dipercayai ada kaitan dengan penceroboh (gambar video)

Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulanpenceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lalu..





SEMPORNA: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lalu. 

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an. 


Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna. 



"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan. 


Beliau berkata operasi itu bermula pada 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari. 


Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan. 



Dalam kejadian Sabtu lepas, 6 anggota polis telah terkorban dalam serangan hendap yang dilancarkan oleh sekumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan 6 pengganas terbunuh.

SUMBER : BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels