Pages

Thursday, 21 March 2013

#PRU13 : Tarikh Pembubaran Parlimen Dan DUN Secara Automatik..TRANSFORMASI Atau REFORMASI?

 
 
Jika dilihat kembali gambar dibawah, tarikh yang dipaparkan adalah menunjukkan bahawa tarikh keramat PRU-13 paling lewat sekali ialah lebih kurang sebulan lagi. Dah sedia nak mengubah destini kita untuk 5 tahun akan datang? Pastikan anda tidak salah memilih dan kita sendiri sudah lihat apa yang berlaku sepanjang penggal ini. Anda mahukan Transformasi atau Reformasi? Adakah anda mahu hidup dengan turun ke jalanan untuk bersuara atau anda mahukan keselesaan seperti yang dinikmati sekarang diteruskan? Cth: Dapat BR1M setiap tahun, BL1M, PR1MA dan lain-lain lagi.

Tarikh Pembubaran Parlimen dan DUN Secara Automatik Pada yang belum tahu, foto di bawah menunjukkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri. 
Manakala parlimen bubar secara automatik pada 30 April 2013 jika parlimen masih tidak dibubarkan sebelum tarikh tersebut bagi membolehkan PRU 13 dilangsungkan.
Elok umum awal-awal, senang sikit rakyat Malaysia yang merantau nak plan cuti untuk balik mengundi. 
Doa banyak-banyak supaya esok atau lusa PM akan umum tarikh bubar parlimen, kalau tak tunggu esok pulak, dan begitulah seterusnya ya? 
Ingatkan malam tadi nak umum tarikh pembubaran, tapi andaian meleset. Apapun bila tiba tarikh tersebut jadilah pengundi yang bijak. Bijak memilih negara bersih!!!!


Tepuk dada, tanya iman... Mana pilihan anda?

ATAU

Renung-renungkan............
 
SUMBER : Tentera Maya

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels