Pages

Wednesday, 27 March 2013

#TukarKelantan : Kerajaan PAS Kelantan Digesa Berhenti Merampas Tanah Rakyat #BoLaWei #GelombangMerah



Kerajaan PAS Kelantan harus berhenti mengambil tanah milik rakyat di Kuala Betis, ujar ADUN Nenggiri Mat Yusoff Ghani.

Kerajaan PAS Kelantan ibarat menyusukan kera di hutan, tetapi anak di rumah sendiri mati kelaparan. Kerajaan PAS Kelantan telah merampas 378.8 hektar tanah milik rakyat Kelantan dan dijual kepada syarikat swasta.

Tetapi dimanakah gunanya hasil jualan tanah tersebut?? seperti tiada apa-apa kemajuan yang diterbitkan di Kelantan. Adakah definisi pembangunan bagi kerajaan PAS Kelantan adalah merampas dan menjual tanah milik rakyat? Atau jual kepada DAP untuk menjaga kepentingan politik bersama.

Tukar-Kelate :  

Kerajaan PAS Kelantan terus didesak oleh pelbagai pihak untuk berhenti merampas tanah rakyat Kelantan.

ADUN Nenggiri, YB Mat Yusoff Ghani berkata kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya merampas tanah yang secara sah milik rakyat Kuala Betis. Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan PAS Kelantan yang didakwa merampas tanah dari seluas 378.8 hektar dari peneroka-peneroka tanah.

Beliau hairan bagaimana kerajaan dan pejabat tanah boleh menerima dan menjual tanah rakyat apabila mereka telah berjaya memperolehinya secara sah.

Kata beliau lagi, pejabat tanah telah mengambil semula tanah tersebut kerana mendakwa peneroka-peneroka tidak memiliki tanah tersebut secara sah.

Tambahnya lagi, hari ini peneroka-peneroka telah memperoleh pemilikan dan membayar premium tanah untuk tujuh tahun lepas. Kira-kira 600 hektar tanah telah diberikan dan beliau tidak rasa ia adalah adil untuk kerajaan negeri menuntutnya kembali.

Beliau turut mengulas mengenai satu laporan berita di mana kerajaan Kelantan telah mengambil dan menjual 378.8 ekar tanah kepada sebuah syarikat swasta.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seramai 300 penero\ka dari Kuala Betis mendakwa kerajaan Kelantan telah meluluskan permohonan tanah untuk dua syarikat pada bulan November tahun lepas dan geran tanah pada 28 Jan tahun ini.

Lagi berita di The Mole.


0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels