Pages

Thursday, 21 March 2013

#TukarKelantan : Kerajaan Zalim..Pemimpin Kaya, Rakyat Terbiar..



Tak habis-habis isu di Kelantan ni. Isk, siapa kata negeri Serambi Mekah tak ada rakyat yang tersisih hidup dalam ceruk kemiskinan? Bagaimana PAS mahu laksanakan konsep negeri berkebajikan jika masih ada lagi rakyat yang masih lagi tidak diberi keutamaan? Sepatutnya sudah tiada agi masalah KEMISKINAN dalam sesebuah negeri. Apa yang aku nampak, ini banyak terjadi di KELANTAN. Atas dasar keprihatinan dan kemanusiaan. So, aku ambil serba sedikit daripada laman blog sahabat aku [DOUBLE-Y] , yakni beliau juga seorang 'pure kelate' dan artikel ni aku up-kan khas untuk tatapan umum. Jom kita baca dibawah :-


Kisah menyayat hati ini mempunyai beberapa siri. Kita mulakan dengan Siri #1 :




Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai Sabak yang terletak di bawah DUN Chempaka dan diwakili oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Nik Aziz Bin Nik Mat dan jarak perkampungan ini dari rumah Menteri Besar Kelantan sekitar 10 kilometer sahaja.

Bila kita mengatakan Menteri Besar merupakan wakil rakyat kawasan tersebut, semestinya kita menganggap rakyat yang berada di DUN yang diwakili oleh Menteri Besar sendiri akan terjaga segala kemudahan serta kebajikan mereka.


Tetapi sebaliknya berlaku di Kg. Pulau Gajah, kerana walaupun wakil rakyat mereka berjawatan Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun segala kemudahan serta kebajikan mereka nampaknya masih tidak terbela.

Tiga hari lepas saya dan blogger 1peluru berkesempatan menziarahi beberapa penduduk Kg. Pulau Gajah bersama beberapa rakan dari Kelantan Cyber Warriors (KCW) iaitu Gelombangkick, AOK, Persada Pasir Mas, dan Perigi Timur bagi meninjau sendiri kedaifan penduduk di perkampungan tersebut.

Sebaik sahaja tiba di perkampungan tersebut, saya amat terkejut serta tidak menyangka masih ada rakyat Kelantan yang miskin dan daif walaupun kita telah memasuki tahun 2012.


Malah yang membuatkan saya lebih terkejut apabila melihat 20 buah rumah yang lain turut berada dalam keadaan yang sama serta dipenuhi sampah-sarap.



Saya cuba berbual bersama seorang wanita bersama anak kecil yang kebetulan berada di hadapan pintu rumah miliknya. Menurut Kak Yam beliau seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak yang berusia 3 dan 15 tahun.


Saya turut meminta izin untuk meninjau keadaan dalaman rumah milik Kak Yam yang menjadi tempat beliau berteduh bersama dua anaknya. Sebaik sahaja memijak kaki di dalam rumah tersebut, saya terkesima dan tertanya-tanya bagaimana beliau boleh hidup dalam rumah yang daif begini? 

Untuk sambung baca artikel penuh, sila klik [SINI].
Jika sebuah negeri ada MB yang malas dan hanya mahu mengaut keuntungan untuk kayakan kroninya sahaja.. Adakah kebajikan rakyat akan terjaga? Sudah tentu jawapannya TIDAK. Berjanji memang mudah, nak tunaikan memang berat. (PESANAN UNTUK NIK AZIZ).
Kita sambung Siri #2 pula. Sila baca dibawah :

Kg. Pulau Gajah merupakan sebuah perkampungan pesisir pantai yang mana jarak perkampungan ini dari rumah Nik Aziz Nik Mat lebih kurang 10 kilometer sahaja. Untuk pengetahuan saudara pembaca bukan Mariam Binti Mat Deris sahaja yang tinggal dalam keadaan daif di perkampungan ini.

Hasil tinjauan yang saya lakukan perkampungan ini turut didiami lebih 20 keluarga yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan sedangkan mereka merupakan rakyat Kelantan yang berada di bawah DUN Chempaka yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri.

Selepas saya melawat rumah Mariam Binti Mat Deris saya mengunjungi sebuah lagi rumah yang mana keadaannya lebih daif selain dipenuhi dengan sampah-sarap. Mungkin ada di kalangan pembaca pernah terdengar kisah seorang ibu dan anaknya dari Kelantan yang tinggal bersama kambing yang diperkatakan media sekitar tahun 2011.

Walaupun ianya telah dipaparkan media sekitar tahun lepas, nampaknya kerajaan PAS Kelantan masih lagi buta perut kerana sehingga kini mereka gagal membela nasib-nasib keluarga yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan walaupun di bawah Dun yang diwakili oleh Menteri Besar Kelantan sendiri.

Saya tidak sempat berbual lama dengan individu kedua yang saya lawati kerana pada waktu itu kelihatan beliau sedang sibuk bekerja di halaman rumahnya. Namun dari perbualan ringkas saya ternyata, wakil rakyat dan kerajaan negeri PAS gagal melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka.


Ibu malang bersama anaknya menceritakan keperitan yang beliau alami kerana tiada wakil rakyat PAS yang membantu.



Di sinilah tinggalnya ibu malang bersama anaknya.

Suasana dari dalam rumah.

Tempat mandi dan mencuci pakaian.
Pandangan dari jauh.

20 keluarga di Kg. Pulau Gajah iaitu sebuah kampung yang berada di bawah DUN Chempaka yang diwakili oleh Nik Aziz Nik Mat bukan sahaja tinggal dalam rumah yang daif malah mereka tinggal bersama sampah-sarap.

Bukankah Islam itu menggalakkan umatnya menjaga kebersihan? Nampaknya selain gagal membela nasib rakyat di DUN yang diwakilinya sendiri. Nik Aziz Nik Mat turut gagal menerapkan nilai-nilai Islam kepada rakyat di sini.

Untuk sambung baca artikel penuh klik [SINI].

P/S : Harap-harap PRU-13 ni Barisan Nasional dapat takluk Kelantan. Sedih aku tengok rakyat Kelantan ni. Jangan lupa follow laman Twitter #TukarKelantan [KLIK] untuk update terkini negeri Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels