Pages

Saturday, 2 March 2013

[VIDEO] #TukarKelantan : Lebih 60 Ribu Rakyat Kelantan Sambut YAB TPM



Lawatan kali ke-2 YAB TPM,Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kelantan mendapat sambutan yang meriah oleh penduduk di sini. Lawatan pertama YAB TPM ke Kelantan iaitu pada hujung Januari lepas.

Majlis Himpunan Rakyat 1 Malaysia yang diadakan di RTC Tanjung adalah permulaan bagi program lawatan YAB TPM di Kelantan. Program tersebut diadakan pada sebelah pagi. Di sana, YAB TPM menyampaikan BR1M kepada rakyat.

TUKAR KELATE :

'Selepas itu, Tan Sri Muhyiddin menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Aril, Melor. Rakyat tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin dengan lebih dekat.

Tan Sri Muhyiddin bermurah hati untuk memberi peruntukan sebanyak RM 300,000 untuk membaik pulih bumbung Masjid Aril, Melor.


Beliau juga bersama rakyat dalam Majlis Jamuan Rakyat Bersama TPM di Kg. Tegayong Melor. Kira-kira 3000 orang hadir untuk menjamu selera bersama YAB TPM.


Selepas selesai majlis di Melor, Tan Sri Muhyiddin ke Kompleks Kebudayaan Tanjung Chat untuk bersama dengan lebih 20,000 rakyat. 

Ketibaan TPM disambut dengan laungan "Tukar" dan "Gelombang merah" oleh ribuan anak-anak muda. '

Seterusnya, KLIK SINI

VIDEO :

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels