Pages

Tuesday, 19 March 2013

#TukarKelantan : Masalah Air Masih Membelenggu Penduduk Kelantan

  Nur Amira (kiri) menunjukkan tong air yang digunakan untuk memandikan jenazah ayahnya selepas memunggahnya dari meter air di halaman rumah, semalam.


TUMPAT – Urusan memandikan jenazah seorang penduduk kampung Atas Kok, Simpangan berdepan kesulitan apabila keluarganya terpaksa menadah air bersih selama dua jam dan dibantu 10 penduduk untuk memunggah air tersebut ke atas rumah kerana masalah air tekanan rendah.

Akibatnya, pengebumian jenazah Mohd Ramli Awang, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung tertangguh beberapa jam dan selamat dikebumikan jam 11.30 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Bunohan.

Jenazah lewat dikebumikan kerana masalah air bersih terputus walaupun dua kes sebelum ini dapat diselesaikan dengan bantuan lori tangki air dari Air Kelantan Sdn Bhd.

Anak arwah, Nur Amira, 21, berkata, penduduk kampung terpaksa memecahkan meter air di halaman rumah untuk mendapatkan air bersih bagi memandikan jenazah ayahnya itu yang meninggal jam 9.30 malam kelmarin.

Betapa sukarnya kami nak mandikan jenazah, tak kan nak gunakan air dari parit yang digunakan setiap hari untuk mandikan jenazah ayah saya ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mujur idea memecahkan meter air itu berhasil kerana air keluar tetapi perlahan sehingga perlu ditadah berjam-jam lamanya untuk mendapatkan dua tong besar untuk memandikan jenazah ayahnya itu.

Kami di sini ada menelefon meminta Air Kelantan Sdn Bhd hantar lori tangki air, tetapi syarikat terbabit tidak dapat berbuat demikian kerana lori tangki air tidak mencukupi pada hari ini,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels