Pages

Wednesday, 27 March 2013

#TukarKelantan : PAS Sudah Kurang Sokongan Dari Alim Ulamak



Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Sungguh pelik apabila mendengar berita apabila PAS tidak disokong oleh alim ulamak pada PRU13 ini. Pertama kali dalam sejarah PAS tidak didorong lagi oleh alim ulamak, malah digantikan pula dengan 'Artis Politik' seperti Abby Abadi, Aishah, Bob Lokman dan lain-lain lagi.

Di Kelantan, Tok Guru dan murid sekolah pondok sudah tidak percaya lagi dengan kepimpinan PAS. Rata-rata pondok di Kelantan ini yang dahulunya pro PAS sekarang sudah beralih angin kepada UMNO. 

Bagaimana hendak sokong kalau PAS sendiri tiada pegangan yang kukuh dan hanya menjadi keldai tunggangan oleh Anwar Ibrahim dan DAP?? Yang dahulunya PAS ingin melaksanakan dasar Negara Islam, setelah menjadi keldai tunggangan Anwar dan DAP, sekarang menjadi Negara Berkebajikan.

Dimanakah letaknya hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS? Adakah DAP mengikut PAS, atau PAS mengikut DAP? Saya tiada jawapan. Anda sendiri tau jawapannya. 

Yang dahulunya sangat sukar untuk melihat wakil dari pondok untuk menyertai program yang UMNO dan Barisan Nasional anjurkan di Kelantan sekarang telah berubah. Kini lihat bahawa tok guru dan murid sekolah pondok sudah mahu 'TUKAR' dan ingin menyertai program anjuran UMNO dan Barisan Nasional.

Adakah PAS sudah menjadi terlalu liberal sampai ramai alim ulamak lari? PAS harus menukar nama. Jangan hanya nama sahaja Islam, tetapi hakikatnya menyokong perbuatan yang menjauhi Islam.

MPP Online :

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya. 
 


 

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels