Pages

Tuesday, 5 March 2013

#TukarKelantan : Tian Chua Fitnah UMNO-Pemuda UMNO Kelantan Lapor Polis

 


  KUBANG KERIAN - Ketua Pemuda UMNO Kelantan Anuar Safian hari ini bertindak membuat satu laporan polis terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Naib Presiden PKR Tian Chua yang mendakwa UMNO terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu.

Antara kain rentang yang menghentam Tian Chua serta
menyatakan sokongan terhadap pihak keselamatan
Anuar yang mewakili ahli pemuda UMNO Kelantan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian turut berkata ; "Kita tidak mahu beliau menuduh lagi UMNO terlibat dalang dalam insiden Lahad Datu, ini tuduhan yang melampau dan kami juga ingin memberitahu Tian Chua bahawa selama ini UMNO yang sentiasa mempertahankan keamanan."

Selain di Kelantan, laporan polis turut dibuat oleh beberapa pihak ekoran tindakan Tian Chua yang bersikap kurang ajar dan biadap selain menghina anggota-anggota PDRM yang terkorban dalam insiden tersebut.

- Tok Gurukul-

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels