Pages

Sunday, 14 April 2013

#PRU13 : Adakah PAS Akan Buat 'U-Turn' Atau Putar Belit??



Ini bukan Utusan Malaysia, Sinar Harian, Berita Harian ataupun News Straits Times. Ini adalah akhbar Harakah yang merupakan lidah cabang PAS yang dikeluarkan pada tahun 2008 ketika dibawah kepimpinan Pak Lah. 


Dalam keratan Harakah ini melaporkan wawancara dengan seorang tokoh PAS, USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDIN.

Ustaz Abdul Ghani Samsudin ialah AJK PAS Pusat, Ketua Lajnah IT dan Setiausaha Majlis Syura Ulama’ PAS. Dia juga Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia pada waktu itu.

Dalam wawancara dengan Harakah, tokoh PAS ini berkata (saya petik bulat2 dari Harakah!):

“AMAT WAJAR RAKYAT DIBERITAHU SEGALA 

SALAH LAKU SERTA REKOD JAHAT SEPERTI 

AMALAN RASUAH DAN PENYELEWENGAN PIHAK 

BERKUASA SELAMA INI BAGI MEMUDAHKAN 

RAKYAT MEMBUAT PILIHAN PEMIMPIN BAGI 

MENAJUI NEGARA”


Kenyataan Abdul Ghani ini pada waktu ini adalah disebabkan Presiden PAS ketika itu telah menyerang dan mengaibkan moral calon BN di Kota Tinggi. Calon ini kemudian menarik diri.

Malah Harakah dalam beberapa ruangan telah mendedahkan banyak gambar-gambar esklusif Pak Lah bersama beberapa kenalan dalam satu majlis di rumah beliau. Tujuan utama dan niat paling jelas oleh Harakah adalah untuk mengaibkan dan menjatuhkan Pak Lah yang didakwa sangat tidak bermoral.

Sekarang ini keburukan calon pemimpin PAS iaitu Mustapha Ali patut didedahkan kepada rakyat supaya rakyat boleh memilih pemimpin mereka. Mereka tidak mahu pemimpin yang mempunyai masalah moral dan akhlak. 

Adakah PAS akan membuat 'U-Turn' dengan kenyataan Harakah ini??

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels