Pages

Sunday, 21 April 2013

#PRU13 : BN Ikrar Terus Bela Nasib Ibu Tunggal #BetterNation #Transformasi


Nampaknya Barisan Nasional bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Transformasi di Malaysia ini. Sesuai dengan slogan Perdana Menteri, Najib Razak iaitu '1 Maalaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Tidak Seperti Pembangkang yang hanya pandai menabur janji-janji kosong kepada rakyat dan tidak tahu untuk menunaikan janji. Yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri terutamanya golongan warga emas dan ibu tunggal.

Dalam PRU13 ini, rakyat Malaysia hendaklah memilih dan memberi mandat kepada BN kerana kerajaan BN terus membela nasib 900,000 ibu tunggal di seluruh negara melalui pelbagai bantuan dan sistem sokongan untuk mengurangkan beban kehidupan yang ditanggung oleh ibu tunggal ini.

Antara bantuan yang diberikan kepada ibu-ibu tunggal ini ialah termasuk kad diskaun pengguna yang boleh meringan beban mereka yang menanggung. Selain itu, khidmat guaman percuma, skim insurans berkelompok dan juga kemudahan di bawah Jaringan Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA) ditawarkan kepada ibu-ibu tunggal di seluruh negara.







0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels