Pages

Friday, 26 April 2013

#PRU13 : Keganasan Luar Biasa Pakatan #TolakPR #BetterNation #Vote4BN


Nampaknya PR semakin terdesak akibat dari sokongan terhadap mereka sudah nampak merudum sekarang ini. Mereka hanya tahu untuk mencetuskan kekecohan dan keganasan untuk menumbangkan BN. Ini adalah sifat semulajadi dari PR sendiri. 

Sebelum ini mereka telah melakukan keganasan. Di Kelantan terdapat 2 jenis keganasan yang yang melibatkan PR. Pertama sekali kes adik menetak abang di Bachok.
 KLIK SINI 
Yang terbaru pula adalah kes kematian wartawan sambilan RTM di Gua Musang.
 KLIK SINI 



Walaupun Anwar Ibrahim menafikan beliau menghasut rakyat untuk “Malaysian Spring”, bibit-bibit keganasan mula dibawa oleh penyokong-penyokong PR kerana terpedaya dengan retorik dan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Tian Chua & Mat Sabu.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus menjaga keamaan negara kita supaya kita hidup dalam aman damai sentosa dan menolak PR yang membawa ekstremisme untuk mencetuskan ketegangan dan pergolakan dalam negara. 



Ini adalah keadaan Bilik Gerakan BN di Sekinchan selepas dibakar oleh pihak PR. Memang mereka mempunyai sifat dengki dan penuh dengan dendam. Beri undi kepada PR adalah umpama anda mengundi untuk keganasan yang mereka lakukan demi membela nasib pemimpin mereka yang sememangnya mempunyai masalah moral.

BERNAMA : 

Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di sini Selasa malam.

Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil.

Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian yang berlaku pada 10.15 malam itu, dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat.

"Kita telah arahkan Unit Bom dan Forensik untuk menyiasat jenis letupan yang digunakan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Abdul Rahim berkata hasil siasatan akan dimaklum secara terperinci pada satu sidang akhbar secepat mungkin.

Terdahulu, majlis yang dihadiri 3,000 orang itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari selepas terkejut mendengar satu letupan kuat pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah.

Bagaimanapun, majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam.

Sementara itu, beberapa saksi kejadian yang berada berhampiran pentas ketika ditemui berkata mereka terkejut mendengar letupan kuat berkenaan dan masing-masing berlari menyelamatkan diri.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal, 39, berkata sewaktu kejadian, beliau baharu tiba di lokasi kejadian dan hanya sempat mendengar ceramah kira-kira 10 minit sebelum terkejut dengan letupan itu dan menyelamatkan diri bersama isterinya.

Katanya, letupan itu sangat kuat seperti bom menyebabkan semua orang terkejut dan suasana menjadi riuh rendah sebelum beliau ternampak seorang lelaki cedera dan dibawa ke hospital.

Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 58, berkata letupan itu dari longgokan sampah di belakang pentas.

"Letupan itu menyebabkan sampah berterbangan sehingga terpercik dan mengotori beberapa buah kenderaan, mujurlah serpihan bahan letupan itu tidak mengenai saya," katanya.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula menyifatkan insiden itu mencemar nama baik demokrasi dan mahu segala bentuk amalan politik yang menjurus ke arah keganasan dihentikan serta-merta.


Artikel lain : 

Sinar Harian 


Asia One






0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels