Pages

Saturday, 20 April 2013

#PRU13 : Kit Siang Dan DAP Guna Taktik Kotor Untuk Raih Undi #Vote4BN #BetterNation

Undilah calon Parti Islam Semalaysia iaitu Lim Kit Siang. HaHaHa

Isu ROS telah memberi kesan buruk kepada BN dan kelebihan kepada DAP. Kit Siang semakin terdesak sekarang dan bermodalkan isu ROS ini untuk meraih undi di Gelang Patah. Kit Siang telah menangis dan menyalahkan MCA dan UMNO dalam situasi sekarang ini.

Tengok la lakonan Kit Siang. Sebenarnya beliau menangis kerana kegagalan sendiri dan ingin meraih undi rakyat Gelang Patah. Tetapi beliau yang memang kaki belit menyaalahkan BN/UMNO di atas kegagalan sendiri. Inilah perangai sebenar Pakatan Rakyat. http://www.therocket.com




Surat di atas merupakan bukti bahawa ROS membenarkan DAP bertanding diatas logo roketnya sendiri. Kini sendiri sedia maklum bahawa memang terdapat keraguan dalam proses pemilihan ketua-ketua DAP dan hal ini telah dimaklumkan kepada ROS oleh DAP sendiri. Itulah sebab ROS berhak menyiasat.

DAP sepatutnya boleh mengelakkan isu tersebut kalau ia telah memaklumkan kepada ROS bahawa ia telah mengadakan undian baru. Tetapi DAP tidak menjawab sebaik sahaja ROS memaklumkan bahawa pemilihan CEC sejak disember 2012 memilih untuk memperlihatkan mereka mangsa. 

Kit Siang yang sememangnya menyedari bahawa beliau akan tersungkur di Gelang Patah di tangan Ghani Othman menggunakan isu ROS ini untuk menarik pengundi Cina di kawasan tersebut.

DAP sememangnya boleh menggunakan logo sendiri untuk bertanding tetapi memilih untuk menggunakan logo PAS untuk mereka teruskan rancangan mereka yang menunjukkan bahawa mereka dizalimi. Nampak niat buruk DAP disitu. 

Astro Awani :

Suruhanjaya Pilihan Raya mengulangi kenyataannya bahawa DAP boleh menggunakan logo parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, badan itu tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi mengenai perkara tersebut.

"Tiada kenyataan dan tidak perlu ada kenyataan (lagi mengenai isu itu)," katanya dalam mesej ringkas kepada Astro Awani, hari ini.

Abdul Aziz pada Khamis yang mengesahkan DAP boleh meletakkan calonnya dalam pilihan raya ini biarpun Pendaftar Pertubuhan (RoS) menggantung anggota jawatankuasa pusat parti itu yang dipilih pada 15 Disember tahun lalu.

Beliau dilaporkan berkata, surat kebenaran menggunakan logo parti yang dikeluarkan oleh pimpinan parti itu "sah" dan boleh digunakan pada penamaan calon esok.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan AhmadWan Omar berkata, DAP tiada masalah untuk menggunakan logo Pas atau Parti Keadilan Rakyat sekiranya ia mahu, dan SPR tiada masalah dengan perkara itu.

"Ia keputusan dan hak DAP," kata Wan Ahmad seperti dipetik oleh The Malaysian Insider.

"SPR sudah maklumkan DAP boleh bertanding menggunakan logo partinya sendiri. Tetapi jika DAP bercadang mahu menggunakan logo parti lain, terpulanglah kepada mereka," katanya.

Beliau menambah, sekiranya itu keputusan DAP, calon-calonnya perlu menyerahkan surat kebenaran menggunakan logo Pas atau PKR daripada pemimpin parti-parti berkenaan semasa penamaan calon.

Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan semua calonnya di Semenanjung akan menggunakan simbol Pas manakala calon-calon di Sabah dan Sarawak memakai logo PKR.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan sudah menyiapkan segala dokumen yang perlu untuk calon DAP bertanding menggunakan logo parti Islam itu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dihubungi petang tadi juga mengesahkan perkara yang sama.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Khamis meminta RoS menarik balik surat tidak mengiktiraf kedudukan ahli CEC parti itu sebelum pukul 3 petang tadi bagi membolehkan parti itu menentukan langkah seterusnya untuk mengemukakan calon-calon pada penamaan calon esok.

Sehingga pukul 3 petang tadi, RoS tidak memberikan sebarang reaksi kepada permintaan itu.

RoS pada Khamis menyerahkan sepucuk surat kepada DAP memaklumkan bahawa ia tidak mengiktiraf CEC DAp yang dipilih pada 15 Disember lalu dan kesannya, pimpinan yang ada tidak boleh mengeluarkan surat kebenaran kepada calon untuk menggunakan logo parti pada PRU-13 ini.

RoS menyiasat pemilihan DAP pada 15 Disember itu kerana ada aduan daripada ahli-ahli parti berkenaan mengenai dakwaan wujudnya kesilapan semasa pemilihan.

Ketua Pengarah (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman dipetik berkata, siasatan itu bukan bermakna pendaftaran DAP dibatalkan dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya pada pilihan raya umum ini.

Sementara itu, bekas Speaker DUN Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mahu DAP dibenarkan menggunakan simbol roket dalam PRU-13 ini.

Katanya, Barisan Nasional sedia berdepan dengan DAP dalam persaingan yang adil dan saksama.

"Biarkan mereka bertanding … namun saya yakin BN akan mengalahkan mereka dalam pilihan raya," katanya seperti dipetik oleh Bernama.

Seruan sama sebelum ini dibuat oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merayu kepada ROS supaya tidak menyekat DAP daripada menggunakan logo roket untuk bertanding dalam PRU-13.

"Kita tidak mahu kerajaan dituduh menggunakan ROS untuk membunuh demokrasi," katanya.

DAP bertanding 53 kerusi Parlimen dan 103 kerusi DUN di seluruh negara.











0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels