Pages

Monday, 22 April 2013

#PRU13 : Pakatan Hanya Pandai Berlakon #PakatanTiadaPakatan #TolakPR #Vote4BN


Nama sahaja 'PAKATAN RAKYAT' tetapi hakikatnya tiada kesepakatan langsung. Hanya tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Sememangnya parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat sememangnya berantakan, tiada permuafakatan sama sekali dalam perjuangan. Masing-masing ada agenda masing-masing.

Pakatan Rakyat memang mementingkan kemenangan. Isu perebutan kerusi sebelum dan selepas penamaan calon semakin memuncak apabila Pakatan Rakyat meletakkan ramai calon-calon yang akan berlawan sesama sendiri di beberapa tempat.

Contohnya PAS akan bertanding dengan PKR di tujuh kawasan iaitu DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera dan DUN Seberang Takir di Terengganu, DUN Panti di Johor, Parlimen Labuan dan DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang. 

Ini menyebabkan ramai calon Pakatan Rakyat bertanding atas tiket bebas sehingga beberapa orang dipecat dari DAP.Gara-gara mahukan kuasa dan pengaruh, Pakatan Rakyat sanggup menikam dari belakang sesama sendiri dan masih berlakon dan menipu rakyat yang kononnya mereka memperjuangkan keadilan dan demokrasi. 

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels