Pages

Friday, 5 April 2013

#PRU13 : Taktik Keji !! Penyokong BN Ditetak Oleh Penyokong PAS Di Bachok



Apa sudah jadi ni? Kejadian berdarah sudah berlaku. Adakah ini taktik kotor penyokong PAS untuk menghalang parti lawan dari berkempen? Takut kalah di laman sendiri ke? Menurut sumber, Mangsa bernama Azran Nawawi berumur 52 tahun. Tinggal di Kampung Chabang 3 Melawi, Bachok, Kelantan.

Kejadian ini berlaku sekitar jam 11.45 malam 03042013 di Pos BN Chabang 3 Melawi. Difahamkan mangsa ditetak oleh adiknya sendiri yang merupakan seorang penyokong tegar PAS. Mereka sekeluarga memang tidak sehaluan, hanya adiknya sahaja yang menyokong PAS. Sebelum kejadian, mangsa diarah menurunkan semua poster-poster BN yang di tampal  dan poster-poster tersebut dipotong dengan pedang. Setelah itu mangsa ditetak di bahu kanan dan menerima 13 jahitan.

Mangsa telah membuat laporan polis dan kes ini disiasat oleh Pegawai Penyiasatan IPD Bachok di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan. Adiknya menyesal dan hilangkan diri kerana rasa bersalah dan malu kepada keluarga.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels