Pages

Tuesday, 2 April 2013

#TRW2013 : TRW Tetap Menggunakan SSM-IV Walaupun Ada Stadium Baru??




The Red Warriors (TRW) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan terus menyewa Stadium Muhammad Ke-IV di Kota Bharu sebagai gelanggang rasmi demi keselesaan penyokong TRW bagi perlawanan yang membabitkan pasukan The Red Warriors. 

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa The Red Warriors (TRW) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan menyewa Stadium Bukit Merbau, Pasir Putih walaupun stadium tersebut telah disiapkan kelak nanti. Ini disebabkan TRW ingin memiliki stadiumnya sendiri iaitu stadium yang akan dibina pihaknya dikenali 'The Fortress' dan menjadi gelanggang, khusus untuk perlawanan bola sepak sahaja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ketika melawat Kelantan pada 20 Januari lalu, mengumumkan tujuh projek besar, termasuk membina stadium baru sekiranya BN berjaya merampas negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tan Sri Annuar Musa :


Yang pasti Kafa dan TRW tidak akan menyewa di sana jika siap dibina sekali pun. Ramai yang minta saya komen tapi saya tidak mahu komen. Itu hak kerajaan negeri hendak buat atau janji apa-apa. Kafa tidak terlibat, tidak pernah dilibatkan, malah tidak tahu menahu (perkara ini).

Kita hanya dengar (pembinaan stadium itu) menerusi akhbar dan iklan. Difahamkan ia sebuah stadium pelbagai guna bagi tujuan aktiviti sukan, ceramah dan lain-lain.

Urusan sedang giat dijalankan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan. Insya-ALLAH, menjelang 2015, kita akan menjadi pasukan pertama yang memiliki dan mengurus stadium sendiri.















0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels