Pages

Monday, 22 April 2013

#TukarKelantan : Bachok Mampu Di "Transformasi" #PRU13 #GelombangMerah #BoLaWei




Barisan Nasional (BN) merancang untuk mengubah wajah daerah Bachok di Kelantan sebagai pusat pendidikan dan pelancongan sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon BN Parlimen Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, terdapat rancangan untuk mewujudkan sekolah berasrama penuh dan universiti di daerah itu pada masa akan datang.

"Rancangan ini adalah untuk melonjakkan ekonomi Bachok, yang pernah menjadi daerah kedua termiskin pada 1970an.

"Kita akan wujudkan sekolah berasrama penuh sama ada sekolah menengah sains atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau kedua-duanya sekali. Kita juga merancang untuk mewujudkan cawangan UiTM (Universiti Teknologi Mara).

"Bilangan pelajar yang ramai ini akan menjadi sumber ekonomi. Mereka dari luar, dan ini akan menarik minat orang ramai terutama ibu bapa untuk menginap di sini. Bachok mempunyai pantai yang cantik untuk dijadikan kawasan pelancongan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kg Nelayan Kandis dekat sini, Ahad.

Awang Adek berkata, pertumbuhan ekonomi yang akan dijana daripada sektor pendidikan dan pelancongan bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk penduduk tempatan.

Ditanya mengenai peluang BN untuk memenangi kerusi Parlimen Bachok pada PRU-13, Awang Adek berpendapat bahawa ia adalah lebih baik berbanding pada pilihan raya umum 2008.

"Ia adalah lebih baik berbanding pilihan raya 2008 kerana pelbagai sebab. Boleh saya katakan mood rakyat sekarang sudah berubah di Kelantan, bukannya di Bachok sahaja," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Awang Adek bertanding di Parlimen Bachok tetapi ditewaskan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dengan majoriti 2,901 undi.

Pada pilihan raya umum kali ini, Awang Adek akan bertembung satu lawan satu dengan Ahmad Marzuk Saari dari PAS bagi merebut kerusi Parlimen Bachok.


 KOTA BHARU NEWS

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels