Pages

Tuesday, 2 April 2013

#TukarKelantan : Kerajaan PAS Kelantan Dan Projek Mega Batu Asas #ManifestoBukanJanji






Rakyat Kelantan pasti tertunggu-tunggu di manakah janji manis yang ditaburi oleh Kerajaan PAS Kelantan. Bilakah janji itu mahu ditunaikan?? Takkan nak tunggu sampai PRU15 pula..

Projek Mega Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala Projek Stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.

Tetapi adakah projek itu sedang giat dijalankan sekarang ini? Dikhabarkan pula Majlis Pecah Tanah untuk membina Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh dilakukan pada 30 Mac 2013. Adakah benar??  Sudah setahun tarikh yang disiarkan di akhbar berlalu, Kerajaan PAS baru menjalankan Majlis Pecah Tanah?? PRU17 baru nak tanam rumput dalam stadium agaknya.







Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. KLIK SINI !

Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu. 

Apa pula sudah terjadi kepada perancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membina dua projek tersebut? Adakah cuma tinggal batu asas sebagaimana yang berlaku pada projek Jambatan Palekbang? Satu lagi persoalan yang perlu dijawab adalah ke mana perginya wang hasil kutipan derma untuk Lebuhraya Rakyat?


Batu asas pembinaan Lebuhraya Kuala Krai.

Batu  asas pembinaan Jambatan Palekbang.


Stadium Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Info mengenai stadium KLIK SINI !

Tengok la gambar di atas. Bilanya stadium disiapkan?
Buat lawak jer 'R' ni.









0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels