Pages

Saturday, 13 April 2013

#TukarKelantan : Kisah 2 Orang Ulama PAS #Vote4BN #BetterNation




Manusia dipegang pada janji.  Manusia yang tidak menepati janji adalah manusia munafik.  Ulama yang tidak menepati janji dan dengan sengaja menipu semata-mata untuk kepentingan diri dan puaknya, adalah Ulama jahat sepertimana yang diperingatkan oleh AlQuran.  

Sedar atau tidak, Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara Ulama munafik yang memungkiri janji.   Ingatkah bagaimana Nik Aziz menghentam bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai gila kuasa dan diktator serta mencabar beliau bersara?  Kata Nik Aziz ketika itu, jika Tun Mahathir sanggup bersara, maka beliau juga akan bersara.  

Sebaik keadaan negara kembali pulih dan berada di landasan yang tepat, maka Tun Mahathir pun bersara.   Tetapi, sejurus selepas itu, apabila ditanya kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula ‘berikrar’ akan memegang jawatan sampai mati.   Malah, sehingga hari ini Menteri Besar Kelantan yang gagal itu tetap bertegas akan terus mempertahankan jawatan.  

Begitu juga dengan Presiden PAS si Hadi Awang.  Ketika Amanat Hadi kembali menghantui dirinya tahun lepas, beliau juga membuat kenyataan tidak akan bertanding lagi.   Kenyataan tersebut berbunyi merendah diri dan tawaduk.  Namun, semua itu hanya sementara sahaja rupanya.   Apabila orang-orang kelilingnya memberi isyarat seolah-olah beliau masih diperlukan, dengan pantas Hadi menyambutnya daan membuat kenyataan akan terus mempertahankan kerusinya.  

Tindakan kedua-dua pemimpin bergelar Ulama ini bukan sahaja menunjukkan kemunafikan yang jelas, tetapi ia turut menjejaskan parti mereka yang mereka ‘anuti’.   Jelas, mereka bukan lagi berjuang kerana parti tetapi diri sendiri.  

Akibat dari ketamakan kuasa, PAS Terengganu, atau Marang, khasnya, kini berpecah.  Ramai pemimpin-pemimpin pelapis kecewa kerana mereka telah memasang cita-cita untuk menggantikan Hadi Awang apabila beliau mengumumkan tidak akan bertanding lagi.   Nampaknya, cita-cita mereka terpaksa ditangguhkan lagi kerana Hadi Awang masih belum puas berkuasa, malah berangan-angan lebih tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.  

Di Kelantan juga, keadaan yang hampir sama berlaku apabila Nik Aziz enggan berundur sedangkan beliau kini sudah menjadi liabiliti bagi negeri dan juga parti.   Namun, sikap PAS yang taksub kepada gelaran ‘ulama’ dan penampilan ‘jubah dan serban’ serta cakap-cakap yang berbunyi ‘Islam’, telah menidakkan akar umbi PAS dari menentang Nik Aziz secara nyata mahupun mengakui kelemahannya mentadbir.  

Pendek kata, biarpun tindakan dan perbuatan Nik Aziz hitam dan dilihat hitam, namun mulut penyokong-penyokongnya tetap akan menyatakan ia putih.  

 Hakikat yang perlu diterima oleh semua ahli PAS ialah tiada siapa yang boleh menyimpan cita-cita untuk menjadi Presiden atau Mursyidul Am PAS atau Menteri Besar Kelantan, selagi kedua-dua ‘ulama’ itu masih hidup.  Nik Aziz tahu bahawa tanpa jawatan, beliau hanyalah seorang orang tua nyanyuk yang tidak punya signifikan apa-apa di dalam dunia ini.  Tiada apa sumbangannya kepada rakyat Kelantan, mahupun umat Islam keseluruhan selain dari memecahbelahkan dan membawa kesesatan semata-mata.  

Hadi Awang pula tentu sekali tidak sanggup mengenepikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri.  Beliau begitu yakin dan teruja sekali apabila Haron Din mengambil langkah besar-besaran untuk menolak Anwar.  Hadi, diketahui sebagai ‘next in line’ bagi jawatan tersebut, sekiranya Anwar tidak diterima ramai.   Justeru, atas dasar inilah Hadi memutuskan untuk terus bertanding kerana merasakan kerusi Putrajaya sudah tidak jauh lagi.  Beliau tidak sanggup berundur sebelum berjuang.  

Apapun, yang pasti, perjuangan mereka berdua bukanlah kerana Islam dan sekiranya kedua-dua makhluk munafik lagi gila kuasa ini menang, maka ia bukan bermakna kemenangan Islam, tetapi kemusnahan keseluruhan struktur ummah, negara dan juga agama. 


 
22 Tuntutan Kepada PAS Kelantan

Kami rakyat kelantan, dengan penuh rendah diri menuntut kerajaan PAS Kelantan melaksanakan tuntutan 22 perkara rakyat Kelantan ini sebelum PRU-13, tuntutan 22 perkara ini dibuat adalah berdasarkan janji yang pernah dibuat oleh kerajaan PAS yang masih belum tertunai.

Jika kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan tuntutan ini, kami rakyat Kelantan bersepakat untuk menukar kerajaan PAS Kelantan demi kesejahteraan rakyat pada PRU-13 nanti. Kami percaya tindakan ini adalah suatu hijrah dan pengorbanan yang paling besar pernah dilakukan oleh rakyat kelantan.

Tuntutan pertama (1)
Rakyat menuntut anak negeri di beri keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan. Rakyat juga menuntut agar semua wakil rakyat di kelantan hendaklah dikalangan anak-anak tempatan sahaja.

Tuntutan kedua (2)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyegerakan penubuhan badan hisbah dan menuntut barisan kepimpinan kerajaan pas mengihstiharkan harta.

Tuntutan ketiga (3)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segera kuatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan.

Tuntutan keempat (4)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan bersikap lebih bersih, adil dan amanah dan berhenti dari menyalahkan pihak lain diatas kegagalan sendiri.

Tuntutan kelima (5)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segera menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia yang menganggur.

Tuntutan keenam (6)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segerakan pembayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga emas di Kelantan bermula tahun 1990 hingga sekarang.

Tuntutan ketujuh (7)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan segera masalah Air Kelantan yang berlarutan sejak sekian lama dan rakyat tidak sanggup untuk menunggu sehingga tahun 2027.

Tuntutan kelapan (8)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segera menghapuskan cukai pintu dan bayaran tempat letak kereta (parking).

Tuntutan kesembilan (9)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan terutamanya pemimpin dan ahli tidak lagi mengamalkan budaya politik mencaci dan menghina.

Tuntutan ke sepuluh (10)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan tidak lagi bersekongkol dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang jelas diragui dari segi akidah, moral dan sokongan kepada Israel.

Tuntutan kesebelas (11)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan supaya menolak sebarang kerjasama dengan parti DAP yang jelas menolak penubuhan Negara Islam.

Tuntutan kedua belas (12)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segerakan pembinaan Pelabuhan Darat Kuala Krai seperti yang dijanjikan.

Tuntutan ketiga belas (13)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan selesaikan segera masalah berkaitan Ladang Rakyat dan mengistiharkan secara terbuka nama dan butiran penerima dividen Ladang Rakyat, serta nama syarikat yang terlibat secara langsung bersama ahli Lembaga Pengarah Syarikat.

Tuntutan keempat belas (14)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyegerakan saranan suhakam bersabit pembelaan terhadap nasib orang Asli.

Tuntutan kelima belas (15)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyediakan segera tapak rumah kepada golongan miskin di Bukit Tok Ali (Jeli), Pantai Mek Mas (Pengkalan Chepa), Alor Pulai dan Kampung Tok Ewel (Bachok)dan lain-lain kawasan penempatan golongan miskin yang masih belum dilaksanakan.

Tuntutan keenam belas (16)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan mengistiharkan secara terbuka jumlah aset/ harta milik kerajaan negeri serta syarikat yang berkaitan kerajaan negeri yang telah dijual dan mengishtiharkan terbuka kemana wang tersebut di belanjakan.

Tuntutan ketujuh belas (17)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan supaya menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Tuntutan ke lapan belas (18)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan segerakan pembinaan Jambatan Kedua Kota Bharu-Palekbang seperti mana yang dijanjikan dan telah diletakkan batu asas.

Tuntutan ke sembilan belas (19)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyelamatkan rakyat daripada terus terjerumus ke dalam kemiskinan harta dan kemiskinan akhlak.

Tuntutan kedua puluh (20)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan segera isu pengambilan balik tanah rakyat di negeri kelantan terutamanya di kawasan seluas 400 ekar di Kampung Tiong Kubang Kerian. 

Tuntutan kedua puluh satu (21)
Rakyat khususnya peniaga kecil / penjaja menuntut supaya kebajikan mereka dijaga. Antaranya, menghapusan cukai kepala bakul yang dikenakan kepada mereka seperti mana dijanjikan.

Tuntutan kedua puluh dua (22)
Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan supaya berhenti dari menabur janji-janji baru kepada rakyat selagi janji lama yang masih tertunggak tidak ditunaikan. Rakyat menuntut kerajaan PAS Kelantan menghormati perasaan dan sensitiviti rakyat dengan mendahulukan keperluan rakyat dan bukan hanya menabur pelbagai janji tanpa melaksanakannya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels