Pages

Thursday, 11 April 2013

#TukarKelantan : Mana Janji PAS Kelantan Kepada Peniaga Pasar Pasir Mas #BetterNation


Sungguh sedih melihat kedaifan Pasar Besar Pasir Mas baru-baru ini. Mereka berniaga dalam keadaan yang serba kekurangan dan rasa tidak keselesaan para peniaga yang berniaga di situ. Bagaimana pula dengan pengunjung yang hadir? Apakah anda rasa apabila melihat keadaan luar pasar sebegini rupa.


Menurut sumber, Pasar Besar Pasir Mas dibina dalam tahun 1989. Ini bermakna sudah 24 tahun pasar tersebut beroperasi. Tetapi malangnya, pasar ini kelihatan seperti tidak pernah diselenggara oleh pihak yang berwajib. Tiada pembaharuan dan projek naik taraf diadakan oleh Kerajaan PAS Kelantan. 


Berdasarkan soal jawab yang dilakukan, rata-rata peniaga ternyata tidak berpuas hati kerana mereka telah dijanjikan pasar yang baru ketika pilihanraya umum sebelum ini, namun sehingga sekarang masih pasar baru masih belum dibina. Rujuk Utusan Malaysia mengenai rancangan PAS untuk membina pasar baru.

Para peniaga sungguh kecewa kerana Kerajaan PAS Kelantan tidak menepati janji. Menurut peniaga di pasar tersebut, mereka diminta untuk membayar RM60 untuk tujuan pembersihan.  Tetapi di kawasan pasar tersebut ibarat tiada tugas pembersihan pernah dijalankan sebelum ini. 

Selanjutnya di Tukar-Kelate


Gelombang Merah
BN Merentah
Kelate Berubah

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels