Pages

Monday, 8 April 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz Semakin Melampau #BetterNation







Aduh Nik Aziz ni. Undi DAP buat apa. DAP tak tolak Islam ke wahai Nik Aziz?? Itulah akibatnya kalau berkawan kafir yang tolak Islam. Salah kawan tak nampak, lawan buat apa semua salah. Nak undi ke Pakatan Rakyat ini? 

Sekarang kita sudah nampak PAS hanya mendengar perintah dari DAP dan PKR. Bukannya PAS yang beri perintah dalam Pakatan Rakyat. Jadi mustahil kalau anda undi PAS, ibarat anda akan mengundi DAP dan PKR juga. Anda sokong kepada parti yang menolak Islam dan nak hapuskan hak-hak keistimewaan Melayu di Malaysia ini.

Nampaknya Nik Aziz sekarang sudah betul-betul gilakan kuasa dan jawatan di Kelantan ini. Nik Aziz bukan sahaja mempertahankan kenyataannya yang mendakwa UMNO solat tidak mendapat pahala, beliau juga telah membuat kenyataan yang mengarut dan menuduh tanpa asas dan bukti.

Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah. 

“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas.


Nik Aziz memang sudah tidak layak digelar dengan gelaran 'Tok Guru' kerana mana ada 'Tok Guru Agama' yang mendakwa orang lain solat tidak mendapat pahala dan tampal bendera PAS dapat pahala. Hanya Nik Aziz sahaja yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengarut seperti ini. 

Jauh bezanya sifat Nik Aziz dengan sifat Tok Guru Agama yang lain. Nik Aziz memang sepatutnya sudah 'resign' dan luangkan masa dengan anak cucu di rumah. 




Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah. 

“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas. 

Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam. 

“Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid bukan kerana Islam… dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,” katanya.

Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam. 

Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz berkata, bukan sahaja penyokong Umno, malah ahli Pas yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga dianggap tidak mendapat pahala. 

“Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan Umno, sokong Pas pun, kalau sokong Pas, tetapi riak, bangga diri juga tidak dapat pahala. 

“Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah. Islam mari (datang) daripada Allah,” katanya. 

Kata beliau, Pas menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat masyarakat di Timur Tengah turut menolak Islam. 

“Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring. Kerana apa tolak Islam? Kerana habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna,” katanya. 

Ketika ditanya mengenai manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang diumumkan itu mengarut kerana secara dasar Umno menolak Islam. 

“Buatlah apa saja pun, asalkan tolak Islam, semuanya mengarut,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels