Pages

Wednesday, 3 April 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz Sudah Bersedia?



Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh pihak pembangkang yang ingin menyegerakan pembubaran parlimen. Mereka seolah-olah mendesak supaya parlimen dibubarkan dengan segera.

Mereka yang dahulunya bersepakat supaya tidak membubarkan DUN selagi senarai undi masih lagi diragui. Adakah senarai undi sudah bersih sekarang?

Kenyataan Nik Aziz :

Parlimen tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya parti PAS dibubarkan esok, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Senarai calon, kita kira sudah selesai...tiada masalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, semalam.
Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang membayangkan kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan. 

Nampaknya Nik Aziz telah bersedia menghadapi PRU13dan secara tak langsung mengakui senarai daftar  pemilih telah bersih. Harap-harap nanti tidak pula seperti cacing kepanasan dan bercabang lidah apabila keputusan PRU diumumkan nanti.


Dari blog Gelombang Kick : -
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seakan tidak bersedia dan kurang yakin Pas dapat mengekalkan kuasanya di Kelantan jika parlimen benar-benar dibubarkan esok.

Dalam satu kenyataan ketika memberi respon kepada soalan wartawan mengenai pembubaran parlimen akan dibuat esok, Nik Aziz dalam nada tak bersemangat enggan mengulas lanjut selain berkata, "Kira selesai, tiada masalah"

Bimbang reaksi ketakutannya dapat dihidu, Nik Aziz cuba mengalihkan jawapannya dengan mengatakan semua yang dilakukan oleh Umno adalah salah termasuklah membantu meringankan beban rakyat menerusi sumbangan BR1M juga adalah salah.

"Kita tahu Umno terlalu lemah sekarang, sebab tu dia bagi duit, bagi duit kerana apa ? Samada rasuah, maka rasuah itu haram, demokrasi pun kata haram, Islam pun kata haram, kalau beri tu upah suruh rakyat undi dia, politik bukan kerja upah, mengundi hak masing-masing, salah belaka Umno".

Bagaimanapun rakyat mungkin agak bingung dengan kenyataan Nik Aziz dan pemimpin pembangkang, mereka tahu kata mengundi itu adalah hak masing-masing, namun masih juga mempersoalkan pemberian BR1M yang diberikan oleh kerajaan BN sebagai rasuah pilihanraya.

Sedangkan rakyat bebas untuk memilih mana-mana kerajaan sekalipun tanpa terikat dengan pemberian BR1M yang disumbangkan oleh kerajaan, sumbangan itu menguntungkan rakyat, dengan keuntungan yang telah diberi buktikan oleh kerajaan yang bertanggungjawab tadi, maka sudah menjadi kewajipan kita setiap rakyat tanpa perlu dipaksa untuk terus mengekalkan kerajaan Barisan Nasional mentadbir negara kita, tidak ada sebab untuk kita menolaknya.
 


0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels