Pages

Sunday, 7 April 2013

#TukarKelantan : Pakatan Rakyat Ke Pakatan Keluarga? #BetterNation #PRU13


Pakatan rakyat sudah sinonim dipanggil dengan panggilan 'Parti Anak Beranak' atau lebih sedap lagi 'Pakatan Keluarga'. Antara sebabnya adalah kerana wakil atasan di dalam parti hanya diwakili oleh anak beranak mereka sekeluarga sahaja. Adakah ini yang dikatakan 'rakyat biasa diutamakan' oleh mereka? 

Kita lihat contoh yang sudah dijamin 100% selepas ini. PKR akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar. DAP akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew.  Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh


Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya  sendiri iaitu Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas Rantau Panjang sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah PAS,  telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang. 

Nik Aziz bukan sahaja mencalonkan nama anaknya sahaja, malah memilih kawasan yang dianggap selamat untuk anaknya bertanding nanti. Sebaliknya Siti Zailah yang sebelum ini Ahli Parlimen PAS di Rantau Panjang ini dihantar ke jeli yang dianggap kawasan hitam oleh PAS kerana akan bertanding dengan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan iaitu Tok Pa. 

Akibat kejadian ini, berlaku pergolakan di dalam pucuk kepimpinan PAS Kelantan kerana perbuatan Nik Aziz telah menyebabkan  Ketua DewanMuslimah PAS timbul rasa tidak puas hati. 

PAS hanya meletakkan calon wanita untuk bertanding cuma separuh hati kerana untuk kelabui mata rakyat kerana wanita akan bertanding di kawasan hitam dan susah untuk PAS menang di kawasan tersebut. Kalau anak Nik Aziz itu jantan, kenapa tidak bertanding di Jeli untuk bertemu Tok Pa? Takut Nik Aziz tiada waris untuk menjadi YB ke?

Apa punya parti entah la. Tiada tujuan untuk membantu rakyat. Hanya untuk melantik anak beranak sebagai pewaris tahta. Kawasan yang ada harapan cerah untuk menang, mereka menghantar anak beranak mereka. Kawasan yang sudah semestinya kalah, mereka menghantar orang luar sebagai calon. Dengar khabarnya, Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana dia sedar bahawa dia tidak akan menang melawan Tok Pa. 

Kalau perjuangan mudah seperti menghapuskan nepotisme pun tak boleh nak lakukan, apakah anda percaya bahawa pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilhan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang  dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?

Inilah yang dikatan pakatan adalah 'Parti Anak Beranak'. Hanya keluarga mereka sahaja yang mewakili pucuk pimpinan parti. Patutkah kita memberi mandat kepada'keluarga' mereka untuk mentadbir kita?


0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels