Pages

Sunday, 7 April 2013

#TukarKelantan : Tampal Bendera PAS Nik Aziz Bagi Pahala?? #PRU13 #BetterNation










Nik Aziz ni pemimpin ke Tuhan? Sampai tahu tentang perkara ghaib. Nampaknya Nik Aziz ini memang betul-betul telah sesat jauh kerana gilakan kuasa untuk menjadi Menteri Besar Kelantan lagi dalam PRU13 ini. 

Layakkah beliau digelar dengan gelaran 'Tok Guru' dan 'Ulama' dengan menyampaikan ajaran Islam yang jelas terpesong jauh dari ajaran yang sebenar? Hanya gelaran 'Tok Guru Politik' dan 'Ulama Politik' sahaja yang layak diberi kepada baliau kerana beliau menyampaikan ajaran untuk menarik pengundi Islam menyokong PAS.

Sebelum ini beliau menyatakan solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana menolak Islam. Dimanakah asasnya UMNO menolak Islam? Sedangkan UMNO banyak membina masjid, membina sekolah agama dan pelbagai program Islam dianjurkan.

Saya nak bertanya, adakah solat Nik Aziz mendapat pahala kerana 'menjual Islam'? Bertaubatlah Nik Aziz. Jangan hanya pandai menyampaikan fahaman yang salah demi untuk  mendapat undi terutamanya pengundi Islam.

Kali ini Tok Guru Politik mengeluarkan kenyataan baru yang menyatakan bahawa menampal poster PAS mendapat pahala. Beliau memang sekarang sudah gila kuasa sampai sanggup mengeluarkan fatwa-fatwa yang mengarut seolah-olah dialah tuhan. 

Patutkah kita menyokong orang sebegini yang sudah jelas terpesong akidahnya akibat darurat Pilihan Raya. Nik Aziz sepatutnya bersara kerana beliau memerlukan rehat yang cukup. Bukan kerja kuat dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang mengarut sebegini. 





Gelombang Kick :


Video ini diterbitkan kembali oleh media Pas Kelantan kononnya sebagai pencerahan mengenai kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung fatwa politik sempena hampirnya pilihanraya yaitu orang Umno solat tak boleh pahala.

Dalam satu ucapan ketika berceramah di Kampung Jambu Kota Bharu, Nik Aziz mendakwa segala 'kerja buat' (amalan) orang Umno tidak akan mendapat ganjaran pahala kerana Umno menolak Islam, Umno menolak agama Allah, menurutnya pahala itu diberikan oleh Allah, namun tuhan mana yang nak bagi pahala sebab Umno bergaduh dengan Tuhan,

Terdahulu Nik Aziz menyeru penyokong Pas supaya menampal bendera Pas, kerana dengan menampal bendera Pas pun sudah mendapat ganjaran pahala, kalau tidak ada duit untuk beli bendera, ambil saja guni baja kemudian catkan dengan warna hijau lepas tu tampal, perbuatan tersebut akan mendapat ganjaran pahala.

Pahala 'korok kering' ciptaan Nik Aziz itu seharusnya diberi perhatian untuk mengenali siapa sebenarnya Nik Aziz, ada ke patut buat bendera Pas dengan guni baja pun dikira sebagai amalan yang mendapat ganjaran pahala, kita tahu bagaimana mantik Nik Aziz untuk menghalalkan kenyataan sesatnya itu, tapi ia agak keterlaluan didalam membicara hal politik huduh Pas dengan mengcampur urusan Allah sehingga menafikan amalan solat serta pahala orang lain.

Tidak cukup belajar kat Deoband sudah terlalu Esa untuk menentukan amalan orang, halau jin pun tak lepas ada hati nak jadi Tuhan, setakat penjelasan mendapat pahala itu disebabkan Pas perjuangkan Islam, kita nak tahu Islam apa yang Pas perjuangkan setelah Pas bersetubuh dengan Dap didalam Pakatan Rakyat ?

Apakah Pas maksum tanpa sebarang kesalahan untuk mendakwa tampal bendera Pas itu dapat pahala, adakah untuk menentukan pahala seseorang ianya bergantung kepada penilaian topeng yang digunakan oleh parti tanpa perlu melihat ia disebalik topeng yang digunakan itu. 

Urusan dosa pahala ni bukan urusan manusia, dan kita tahu walaupun seseorang itu bersolat, namun jika ia lalai atau lara didalam solatnya, ia juga akan dimasukkan kedalam neraka yang disediakan khas untuk golongan tersebut, bagaimanapun soal lalai atau tidak lalai itu siapa yang boleh menentukannya, adakah kita tahu siapa yang lalai didalam solatnya ? Entah-entah Nik Aziz sendiri pun kita tidak tahu.

Tapi bolehkah untuk kita kata solat Nik Aziz itu solat yang lalai dan akan dimasukkan kedalam neraka 'Wail', jika begitu bagaimana Nik Aziz boleh menentukan solat orang Umno tidak mendapat pahala, Islam yang macammana Umno tolak ? Penolakkan yang bagaimana ? Ada asas ke tidak penolakkan tersebut ? dan banyak lagi perkara yang perlu diteliti untuk menyatakan secara jelas bahawa Umno itu tolak Islam.

Lagipun Nik Aziz tak perlulah menyibuk untuk menentukan dosa pahala seseorang, kerana Allah tak pernah lantik Nik Aziz untuk menentukannya, Nik Aziz tak usahlah bimbang kerana Allah Taala tak pernah silap dalam menghukum dan menentukan seseorang hambanya mendapat pahala ataupun sebaliknya.

Ketahuilah orang yang benar-benar alim dan abid ikhlas kerana Allah pasti tidak berkata-kata secara angkuh dan takabbur, seolah-olah dialah yang memiliki kunci syurga, sebaliknya orang-orang yang mukmin itu sentiasa merendah diri serta takut kepada Allah selain mengajak saudaranya kepada Allah dan bukannya mengajak kepada Pas. Anda Mampu Mengubahnya.




0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels