Pages

Friday, 3 May 2013

#PRU13 : Anwar Sudah Jangka Pakatan Akan Kalah #TolakPR #BetterNation #Vote4BN



Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya kenapa pakatan pembangkang yang diketuai Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim begitu bersungguh benar menyerang kredibiliti SPR meskipun badan rasmi pengendali pilihan raya yang sama inilah yang membolehkan PR menang di lima buah negeri semasa PRU 12 2008.

Satu persatu isu dibangkitkan dari hal remeh temeh seperti nama pengundi yang sama, keraguan terhadap undi pos, pendatang asing yang kononnya dibenarkan mengundi sehinggalah yang terkini isu dakwat kekal yang dikatakan tidak bertahan lama dan mudah hilang kesannya.

Perihal dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi asalnya idea oleh NGO Bersih sekutu PR selepas keberkesanan kaedah biometrik dipertikaikan, kini bila SPR mengesahkan penggunaan dakwat kekal untuk PRU-13, tanpa segan silu PR juga yang memanipulasikannya untuk menghentam SPR.

Pendek kata SPR yang sudah berjaya melaksanakan tanggungjawab mengendalikan 12 pilihan raya umum dan beratus lagi pilihan raya kecil ini dianggap sebegitu buruk sekali, ada sahaja yang tak kenanya meskipun SPR ini jugalah yang mengisytiharkan PR menang di 8 daripada 16 Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak pasca PRU 12.

Yang hairannya, dalam duk sibuk pertikai itu ini dan persoalkan ketelusan dan kredibiliti SPR, boleh pula para pemimpin PR  bersungguh benar untuk menyertai proses PRU-13 siap ada di sesetengah kawasan berlaku pertindihan antara calon PKR dan PAS.

Itu satu hal, yang paling tak boleh tahan sampaikan masing-masing dalam PR sibuk meramalkan konon mereka akan menang PRU-13 termasuklah sehingga menyebabkan Anwar terbayang-bayang akan menjadi Perdana Menteri. Tak ke bangang namanya tu?

Sebetulnya, serangan berterusan Anwar dan pemimpin PR yang lain ke atas SPR terselit agendanya yang tersendiri yakni untuk menimbulkan persepsi buruk kepada SPR kerana Anwar tahu PRU-13 tidak menjanjikan kejayaan yang sama seperti PRU 12 2008 dulu.

Samada laporan dan risikan di pihak BN mahu pun PR, masing-masing tahu senario mutakhir dan trend semasa menunjukkan amat besar kemungkinan PR akan menerima kekalahan memalukan disebabkan kebangkitan semula BN yang berterusan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Disebabkan itulah Anwar dan PR berusaha untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap SPR selanjutnya menyemai keraguan penyokong PR terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya di negara ini. Sampai satu masa, rasa ragu boleh bertukar menjadi benci dan dendam sehingga akhirnya menjadi protes jalanan dan mungkin berevolusi menjadi keganasan.

Awal tahun ini Anwar pernah membayangkan akan ada “Malaysia Spring” yang bermaksud kebangkitan jalanan dan kejatuhan pemerintah melalui kuasa jalanan dan keganasan sebagaimana yang berlaku di negara Arab yang dikenali sebagai “Arab Spring”.

Bukankah itu kelihatan seperti isyarat tersirat oleh Anwar yang menandakan akan ada sesuatu yang seiras Arab Spring samada sebelum atau selepas PRU-13?

Demonstrasi ganas Bersih 3.0 pada April 2012 membuktikan PR sanggup melakukan apa saja untuk mencapai kemaruk menuju puncak kuasa, jadi tentulah ada kemungkinan kejadian yang sama berulang, bukan begitu?

Andai tidak terdetik sedikit pun sedemikian, rakyat amat mengalu-alukan sekiranya Anwar sanggup membuat satu kenyataan dan akujanji bahawa PR yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS berikrar untuk memastikan proses pilihan raya ini berjalan aman, samada sebelum dan selepasnya.

Khalayak ternanti-nanti untuk mendengar jaminan tersebut selari dengan jaminan yang sama yang pernah diikrarkan oleh BN. Soalnya sekarang beranikah Anwar dan PR memberi jaminan tersebut?

Petikan: MyKMU.Net

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels