Pages

Saturday, 18 May 2013

#TukarKelantan : Tokong Terbesar Di Asia Tenggara Terletak Di Negeri Serambi Mekah #GelombangMerah #BoLaWei #Vote4BN



Sambungan dari artikel penulis sebelum ini KLIK SINI , hari ini penulis telah pergi sendiri ke kawasan tokong tersebut yang terletak di Bachok. Memang besar tokong tersebut. Anda boleh melihat dari jauh tokong tersebut.

Negeri Kelantan memang tidak asing lagi dikenali sebagai 'Negeri Serambi Mekkah'. Tetapi agak hairanlah penulis mendengar jika 'Negeri Serambi Mekkah' mempunyai tokong yang terbesar di Asia Tenggara? Mana dan bila pula masjid terbesar di Asia Tenggara nak dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan?

Sudah 23 tahun PAS memerintah negeri Kelantan. Takkanlah sebuah masjid tak boleh dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan? Bila dengar sahaja PAS, pasti popular dengan slogannya 'Membangun Bersama Islam'. Tetapi dimana membangun bersama Islam jika sekolah pondok tempat belajar agama Islam disita dan port karaoke dibiarkan berleluasa. KLIK SINI




Tahun 1993?? Agak-agak siapakah Menteri Besar Kelantan ketika itu yang meluluskan projek pembinaan tokong ini?? Saya yakin anda sendiri ada jawapannya. Menteri Besar Kelantan dahulu sehingga kini orang yang sama je. Inilah salah satu sikap ketebukaan PAS yang akhirnya ibarat meludah ke langit apabila timbul slogan 'Membangun Bersama Islam' diperkenalkan.


Anda boleh lihat sendiri di papan kenyataan tersebut sudah tertulis yang tokong ini memang terkenal di Asia Tenggara dengan pintu gerbang dan pagar kelilingnya dibuat dengan bentuk 2 ekor naga yang mempunyai panjang 598 meter. Agak-agak berapa pula keluasan tokong tersebut kalau panjang keliling sahaja sudah 598 meter??


Macam KLCC kan?? Memang sangat tinggi patung tokong ini. Adakah PAS Kelantan telah membina tiang masjid setinggi tokong tersebut?? Tiada kan?? Dimanakah hala tuju PAS untuk memperkasakan Islam di Malaysia sedangkan di kubu kuat sendiri pun tidak terbina benteng.

Gambar-gambar lain :












0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels