Pages

Wednesday, 12 June 2013

#Kelantan : Nik Aziz Diketepikan Oleh Rakyat Sendiri

Sedar dirinya dah tidak diperlukan lagi, barulah Nik Aziz menarik balik larangan peserta tilawah dari Kelantan pada tahun lepas.

Setelah 22 tahun baru ada peserta Kelantan, satu tempoh yang agak lama untuk mereka memperdengarkan bacaan masing-masing. Qariah Kelantan terlalu bersyukur kerana dibenarkan bersama-sama dengan peserta negeri lain. 

Radziah Ibrahim agak kecewa dengan peraturan kerajaan Pas Kelantan yang menyebabkan qariah dari negeri itu tidak dapat bersama-sama membuktikan kemampuan mereka dalam bacaan Al-Quran.

Syukur kerana qariah negeri ini kini dibenarkan menyertai semula tilawah al-Quran dan saya berharap wanita Kelantan bangkit semula untuk membuktikan kemampuan mereka dalam membaca al-Quran selepas peluang ditutup begitu lama,” Radziah Ibrahim.

Kehadiran qariah Kelantan itu sekaligus membuktikan bahawa betapa lekehnya Nik Aziz yang memandang sinis usaha kerajaan dalam memperdengarkan bacaan Al-Quran. Sedangkan beliau tahu tilawah peringkat antarabangsa dihadiri oleh peserta dari timur tengah yang semuanya mendokong ajaran Islam agak lebih ketat, namun tetap menghantar penyertaan.
Dalam hal ini, MB Kelantan yang baru Ahmad Yakob nampaknya lebih peka dan sensitif dengan kehendak rakyat Kelantan yang mahukan sedikit perubahan walaupun tak berapa nak menyeluruh.

Ahmad Yakob sedar banyak kesilapan yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadap perkembangan Islam, namun tak berdaya nak melawan dan membantah kerana Nik Aziz terlalu berkuasa ketika itu.

Jadi setelah berjaya menambat hati sultan dan mengenepikan Nik Aziz, sedikit demi sedikit perkembangan Islam yang dulunya disekat oleh Nik Aziz mula dijalankan secara perlahan-lahan.

Nik Aziz yang cuba menjadi hero dalam perjuangan Islam tidak lagi boleh diterima rakyat dan pihak istana. Dengan mengatakan bahawa semua usaha kerajaan dalam memartabatkan Islam tiada nilainya di sisi Allah, hanya usaha Pas saja yang dipandang oleh Allah. Walhal diri sendiri yang mengikut telunjuk hawa nafsu sering melakukan sesuatu yang salah terhadap Islam.

Semoga selepas ini apa yang dulunya dipandang hina oleh Nik Aziz akan dapat dijernihkan demi kesatuan ummah. - Sumber

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels