Pages

Wednesday, 31 July 2013

PART I: AL-KISAH JOGHO MALAYSIA SI KAKI KENCING


Saya rasa saya patut copy & paste artikel ini kerana saya juga mempunyai hak untuk menuntut hak saya yang telah dirembat oleh Si JOGHO MALAYSIA tersebut. Saya yakin jika masih tiada apa-apa respon dari dia, tak mustahil muka dia akan terpampang dilaman-laman blog top 10 Malaysia dimana kesemua daripada mereka sedah tahu kisah yang sebenar.

Daripada TENTERA MAYA:

Daripada artikel yang saya tulis sebelum ini [KLIK]

Luahan daripada blogger KELANTAN:


Cuba kita renungkan, kalau kumpulan pejuang maya yang punyai suara pun boleh dikencing, apatah lagi ahli biasa, dan sikap individu seperti ini sudah pasti menjadi satu ancaman kepada Umno, mana tidaknya, bila ia tidak amanah dan menimbulkan rasa tidak puas hati serta pemberontakkan dikalangan mangsanya atau orang bawahannya, sedikit sebanyak serangan fakta yang akan dilakukan oleh mangsa-mangsa itu tadi turut akan terpalit sama kepada parti. Kemudian jadi satu kerja pula ahli-ahli Umno untuk bersuara sumbang membela individu seperti ini.

Sebelum mangsa-mangsa tadi bangkit melakukan serangan dengan membongkar segala bukti yang saya difahamkan ianya sudah pun tersusun rapi dan hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja, eloklah jika ahli-ahli Umno mengambil sedikit iktibar dari apa yang berlaku itu dalam usaha untuk memartabatkan Umno sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

GELOMBANG KICK


Seperti yang ditulis GK, siapakah yang telah mengencing pejuang maya yang mempunyai suara tanpa had itu?

Panjang kalau aku nak ceritakan kat sini. Diringkaskan, saya sebagai jentera yang pernah berkhidmat dengan 'ketua pejuang siber kelantan' kini hidup terumbang-ambing. Kenapa? Kerna beliau telah songlap sebilangan peruntukan yang sepatutnya sampai ke tangan blogger dan cybertrooper yang berpenat lelah berjuang bagi memastikan kemenangan BN di Kelantan.

Psst: Siap pergi Phuket dan Australia lagi tu guna duit songlap tersebut. Tak tahu betul ke tak.

Pada awalnya, jentera siber dibawah kepimpinan beliau telah dijanjikan dengan bermacam-macam janji manis. Jika anda masih ingat, laman blog TUKAR KELATE yang pernah menjadi suatu laman blog yang sohor dan FB page TUKAR KELANTAN yang pernah menjadi rujukan utama facebookers tentang politik kelantan. Tak ketinggalan juga kedua-dua laman ini diiktiraf oleh Pengerusi UMNO Kelantan iaitu Tok Pa kita.

Antara kejayaan blog tersebut ialah:
● Tarian Kucing Garong di UTUSAN


Atas dasar busuk hati yang teramat sangat kerana kedua laman ini ada perkataan TUKAR. Beliau (ketua pejuang siber) telah membuat satu 'game' sampaikan anak buahnya termakan dengan 'mulut busuk' yang dijaja beliau hingga pejuang siber tersebut jadi benci dengan ketua gerakan TUKAR, Jogho Kelate atau Kamaruddin Kassim.

Saya mahu DIA tampil untuk menjelaskan apa yang terjadi dalam masa 3 hari.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels