Pages

Monday, 22 July 2013

#PRKKualaBesut Bakal Menjadi Sejarah Hitam Buat Che Long



Perbezaan pendapat dan masalah dalaman antara Pas Besut dan pimpinan Pas Terengganu telah sedikit sebanyak menjejaskan kempen Pas dalam Pilihan Raya Kecil DUN Besut ini.
Difahamkan, hubungan dingin Pas Besut dengan Pas negeri telah menyebabkan bantuan jentera kempen Pas banyak didatangkan dari negeri Kelantan. 
Felo Penyelidik Utama dari Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof  Dr Mansor Mohd Noor dalam satu temubual eksklusif bersama astroawani.com berkata di Kuala Besut ini, Pas tidaklah sekukuh parti Umno yang lebih banyak bergerak ke akar umbi.
“Cumanya, kekuatan Umno juga banyak bergantung kepada kekuatan Tok Yih (Datuk Seri Idris Jusoh) yang merupakan Ahli Parlimen Besut dan pemimpun akar umbi yang banyak memperkenalkan Besut ke setiap negeri,” kata Dr Mansor.
Sebaliknya, Pas disini dilihat mempunyai pelbagai masalah dimana hubungan Pas Besut dengan Pas Terengganu agak ‘lain sedikit’.
“Perbezaan pendapat dilihat banyak menjadi penghalang bagi Pas Besut dan Pas Terengganu. Malah, pada awal kempen juga Haji Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berada di Turki dan bukannya memberi tumpuan kempen di Kuala Besut ,” katanya lagi.
Oleh hal demikian, kempen-kempen calon Pas, Azlan Yusof atau Che Long banyak dibantu jentera-jentera Pas yang datangnya dari negeri Kelantan.
“Selain itu juga, jika dilihat dari calon, Che Long ini memanglah anak tempatan namun dia banyak bergerak di luar Besut seperti Kota Bharu dan jarang pulang ke rumah. Lazimnya, apabila mobiliti sosial berlaku, seseorang akan berpindah ke tempat lain dan jalinan hubungan dengan keluarga sendiri juga akan terputus. Che Long dilihat baru nak membina semula jalinan itu dan ianya bukan satu perkara yang mudah,” kata Dr Mansor.
Selain itu, hubungan Pas dalam Pakatan Rakyat juga tidaklah bersatu dan pada akhir-akhir ini Pas melihat Parti DAP yang berada dalam Pakatan Rakyat pula sebagai liabiliti kepada mereka.
“Isu-isu politik nasional berkaitan dengan Islam, Karpal Singh dan MP Perak adalah antara isu-isu yang sebenarnya akan merugikan pengundi Pas dari sudut pengundi Melayu,” kata beliau.
Sementara itu, meski secara kasarnya dilihat Barisan Nasional mampu memenangi PRK Kuala Besut ini, Prof Dr Mansor membayangkan pengekalan majoriti seperti Pilihan Raya Umum yang lalu dilihat tampak sulit.
“Pilihan Raya Kecil ini membuka ruang kepada rakyat untuk mengubah segalanya dan ini agak sulit bagi BN untuk mengekalkan amjoriti yang dicapai pada PRU lalu,” kata Dr Mansor.- AWANI

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels