Pages

Saturday, 20 July 2013

#PRKKualaBesut : HARAKAH Sebarkan Fitnah Isu Masjid Untuk Meraih Undi Dan Simpati Di Kuala Besut


Nampaknya PAS yang sudah kekurangan modal untuk berkempen di Kuala Besut sekarang ini. Yang pasti mereka akan menggunakan isu masjid sebagai modal mereka yang terakhir sebelum menjelang Pilihan Raya Kecil Kuala Besut. Seperti di Kelantan, masjid merupakan medium kerajaan negeri untuk menyampaikan dakyah-dakyah politik beliau. Terutama sekali pada khutbah Jumaat yang terakhir sebelum menjelang Pilihanraya. Panjang lebar khatib menyampaikan khutbah dan tidak seperti khutbah jumaat yang sebelum dan selepasnya.

Baru-baru ini dikhabarkan bahawa TGNA dihalang dari menunaikan solat di Masjid TUDM? Adakah benar kenyataan yang dikeluarkan oleh Harakah ini? Setahu saya, Kerajaan Pusat tidak pernah menghalang mana-mana individu yang datang untuk beribadat dan menginayahkan lagi masjid. 



Berbeza dengan page Haji Hadi Awang yang post gambar Haji Hadi di masjid TUDM. Bukan sahaja menunaikan solat, malah sempat beramah mesra dengan para jemaah di dalam masjid tersebut. Adakah TGNA sahaja yang dihalang dari menunaikan solat di masjid tersebut? Anda mampu untuk merenungnya, Jangan mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pembangkang. Mereka hanya 'cari make' untuk membantu Che Long yang di'zip' mulut.

Gelombang Kick

Kempen 'bodoh' bersifat memecahbelahkan umat Islam  oleh lidah rasmi Pas tidak pernah terhenti, Harakah hari ini dengan tajuk 'Tok Guru Nik Aziz Dilarang Solat Di Masjid TUDM' jelas sekali menghasut masyarakat dengan menggambarkan seorang tokoh parti itu tidak dibenarkan untuk menunaikan solat dimasjid berkenaan.

Kenapa kempen bersifat seperti ini yang hendak digunakan oleh Pas dalam bulan yang mulia ini, dengan kempen-kempen jaht seperti inilah membuatkan BN tersembam sedangkan hakikatnya apa yang berlaku itu cumalah fitnah semata-mata.

Namun masyarakat sering terpengaruh dengan laporan fitnah seperti itu tanpa melihat kes yang dilaporkan itu dalam konteks yang lebih luas, media rasmi kerajaan pula tidak melihat isu yang dimainkan ini punyai kesan buruk kepada kerajaan, ini kerana apabila media terlalu dipihak kerajaan, kegagalan mereka menghayati watak individu berfikiran bebas, atas pagar atau penyokong pembangkang, menyebabkan isu tersebut dipandang remeh.

"Atas motif apakah Nik Aziz dilarang untuk bersolat dimasjid itu, takkan nak bersolat pun tak boleh ? eeee jahatnya kerajaan, orang nak solat pun tak bagi, kerajaan Islam apa macam ni, kesian kat Tok Guru, dahlah uzur, terpaksa Tok Guru cari masjid yang lain untuk menunaikan ibadat solat"

Sentimen fitnah meraih 'simpati' yang dimainkan oleh media Pas pada saat-saat akhir kempen pilihanraya sudah menjadi rutin, apapun sebagai umat Islam janganlah kita mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan itu, kerana tidak mungkin kerajaan Islam BN yang ada hari ini melarang mana-mana umat Islam menunaikan solat atau mengimarahkan masjid tanpa sebarang sebab.

Buktinya sebagaimana gambar dibawah, jika dikatakan atas sentimen politik Nik Aziz dilarang untuk bersolat, kenapa Hj Hadi dibenarkan, jangankan bersolat, bersalam mesra selepas solat pun tak der yang kisah, ini menunjukkan ada yang tidak kena dengan laporan yang disiarkan oleh Harakah. Kalau Hj Hadi pun dilarang atau dilayan enteng oleh pihak pengurusan masjid, sudah pasti admin Facebook beliau kecoh bagaikan murai tercabut ekor. Selamat berbuka puasa. Anda Mampu Mengubahnya.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels