Pages

Tuesday, 23 July 2013

#PRKKualaBesut : Jentera PAS Pulang Awal Ke Halaman Kerana Terhidu 'Kekalahan' Di @kualabesut_ Esok


Tempoh berkempen PRK Kuala Besut hanya tinggal lagi beberapa jam sebelum tiba detik 12 malam ini. Dikhabarkan sudah ramai jentera PAS yang berkampung di Kuala Besut sejak bermulanya tempoh berkempen sudah beransur pulang ke halaman masing-masing kerana mereka seakan-akan mengetahui bahawa mereka akan menerima kekalahan kepada Barisan Nasional esok.

Jentera terbabit iaitu yang dipercayai dari PAS Pahang dan PAS Kedah sudah mula beredar sejak pagi semalam selepas Ketua Umum PKR iaitu Anwar Ibrahim tampil memberikan ceramah di Kuala Besut diatas jemputan Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Namun begitu, ceramah Anwar Ibrahim itu tidak dapat menarik ramai pendengar kerana jumlah yang mengikuti ceramahnya sekitar 500-600 orang sahaja. Rata-rata yang menghadiri ceramah tersebut adalah jentera PAS yang datang dari luar Kuala Besut. Bukannya orang Kuala Besut sendiri.

Selain itu, PRK Kuala Besut kali ini dirasai ke'kelate'nya kerana kebanyakan markaz dan pusat peti undi PAS dipenuhi dengan kenderaan yang benombor plat 'D' dan mempunyai sticker 'R' berwarna merah di no plat atau pun body kenderaan tersebut. 

Namun begitu, BN tidak boleh begitu gembira dan berpeluk tubuh dengan krisis yang sedang berlaku dalam jentera PAS PRK Kuala Besut sekarang ini. BN harus tingkatan usaha dan teruskan berkempen sehingga tamat tempoh berkempen pada pukul 12 malam ini.


My Media Lab

Hanya sehari lagi berbaki sebelum hari pengundian PRK DUN Kuala Besut, gayanya PAS seperti sudah berputus asa apabila sudah kedengaran khabar berita beberapa kumpulan jentera pilihan raya PAS khususnya dari daerah lain di Terengganu beransur pulang ke tempat masing-masing.

Turut terbabit ialah beberapa kumpulan kecil dipercayai dari PAS Negeri Pahang dan Kedah. Setakat ini tiada kenyataan rasmi yang menjelaskan sebab musababnya kecuali satu penafian oleh PAS yang mendakwa jenteranya masih solid.

Menurut beberapa sumber yang rapat dengan PAS Terengganu, kebanyakan yang mengambil langkah pulang awal ini berbuat demikian sejak pagi dan tengahari semalam terutama selepas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil dalam dua ceramahnya di Kuala Besut pada malamnya (21 Julai) atas jemputan Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Barangkali tindakan ini dilakukan kerana tidak mahu bersekongkol dengan sikap hipokrit Anwar yang sejak lebih dua bulan lalu kuat menghentam SPR yang dituduhnya tidak telus atau mungkin juga kerana merasakan PRK DUN Kuala Besut sudah ‘diKelatekan’ oleh geng Husam.

Kehadiran Anwar pada malam itu walau pun sambutannya sedikit baik dari ceramah Presiden PAS, Hadi Awang namun sebahagian besar dari kira-kira 500 dan 600 pendengarnya di dua tempat berasingan itu merupakan penyokong dan jentera PAS yang diimport dari Kelantan.

Dalam ceramah tersebut Hadi Awang langsung tak kelihatan meskipun sepatutnya digandingkan bersama bagi memperlihatkan Presiden PAS itu masih dianggap sebagai tuan rumah kepada pemimpin PAS dan PKR dari luar Terengganu. Tapi ia tidak terjadi demikian.

Atau mungkinkah kegagalan Husam memberi muka kepada Presiden sendiri untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Anwar menjadi punca sebahagian jentera PAS dari beberapa daerah di Terengganu pulang awal? Sukar dipastikan walau pun ada kedengaran rungutan sebegitu.

Waktu ini kebanyakan markaz dan pos PAS lebih banyak diduduki jentera PAS dari Kelantan, sebab itu tidak sukar untuk melihat banyak kenderaan plet pendaftaran D atau pun sesetengahnya terpapar bendera Kelantan atau logo Royalti berwarna merah di bumper atau badan kenderaan.

Pun begitu, masih ada lagi segelintir sahaja ahli dan penyokong PAS tempatan terutama dari Kawasan Besut serta satu dua kawasan lain yang masih membantu kempen saat akhir barangkali sekadar menunjukkan muka.

Namun demikian, jika keadaan ini berlarutan sampai selesai tempoh berkempen jam 12 malam nanti, maka ia mengulangi peristiwa pemulauan oleh jentera PAS sama seperti yang pernah berlaku di PRK DUN Tenang, Kerdau dan Merlimau sebelum ini.

Yang pastinya, apa yang sedang berlaku di Kuala Besut tika ini membabitkan jentera PAS ia seperti memberi isyarat jelas yang PAS bakal berdepan dengan kekalahan yang mungkin lebih bteruk berbanding PRU-13 baru-baru ini.

Apa pun, ini bukannya satu keadaan di mana BN dan UMNO sudah boleh berpeluk tubuh sambil menggoyang kaki, selagi mana belum tepat jam 12 tengah malam nanti selagi itulah kempen tersusun dari rumah ke rumah tetap perlu diteruskan supaya esoknya ramai-ramai keluar mengundi BN.

Paling penting, pastikan segala kemudahan pengangkutan untuk pengundi disediakan, jangan sesekali diabaikan walau seorang pun pengundi. Selagi mana dapat dikesan kedudukan mereka yang belum keluar mengundi maka usahakanlah hingga hampir pengundi BN menunaikan tanggungjawabnya. HXP

Double-Y

Barisan Nasional (BN) dilihat masih dapat mengekalkan kedudukannya di Dewan Undangan Negeri(DUN) Kuala Besut pada hari Rabu nanti.

Demikian ramalan pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Ibrahim Mamat mengenai peluang kemenangan BN pada pilihanraya kecil Kuala Besut, melainkan berlaku sesuatu yang tidak dapat dijangka.

Ini kerana menurut Ibrahim, Kuala Besut merupakan kubu kuat BN yang dimenanginya BN pada Pilihanraya Umum Ke-13(PRU13).

Antaranya pengaruh Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan II menyumbang kepada faktor sokongan kuat pengundi kepada BN.

“Masyarakat Besut sangat mengharapkan kepimpinan beliau bila beliau tidak ada jawatan boleh menang. Maka juga boleh menang sekarang ada jawatan menteri lebih kuat kedudukan mereka jadi tidak akan tergugat pada pendapat saya,” kata Ibrahim.

Pada PRU13 pada 5 Mei lalu, turut menyaksikan seluruh kawasan DUN di bawah Parlimen Besut dimenangi BN.

Tambah beliau, BN juga dilihat mempunyai kelebihan daripada segi sumber kewangan dan jentera pilihanraya berbanding Pas di kawasan DUN yang mana memerlukan pembangunan.

Biarpun begitu, Ibrahim berpendapat, BN tidak boleh mengambil ringan golongan kelas menengah yang dianggap kritikal.

“Yang BN ini saya rasa dia perlu tumpuan kepada beberapa kumpulan middle class(kelas pertengah), yang lain-lain selamat...sedikit kepada orang muda yang lain-lain hardcorde BN.”

Bagaimanapun, cabaran Pas kini untuk seri dengan BN sepertimana dicanangkan dalam kempen iaitu slogan 16:16.

“Bagi parti pembangkang mereka tak boleh janji bulan dan langit sebab mereka tidak ada sumber kewangan mencukupi yang boleh janji ialah mungkin satu kerajaan yang cekap bersih apabila dia memerintah negara bila berlakunya senario 16:16.”

Bagaimanapun Ibrahim menarik perhatian bahawa jumlah keahlian UMNO Besut yang ramai juga mendorong kepada pengukuhan kedudukan BN di kawasan itu.

Apapun kemenangan pastinya bergantung kepada peratusan keluar mengundi khusus daripada penyokong kedua parti bertanding memandangkan PRU13 diadakan hanya dua bulan lalu.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels