Pages

Friday, 19 July 2013

#PRKKualaBesut : Jubah Dan Serban Sebagai Senjata Terakhir Calon PAS #N01KualaBesut

  

Nampaknya calon PAS di PRK Kuala Besut ini sudah kekurangan modal untuk berkempen. Beliau menggunakan taktik terakhir iaitu dengan memakai jubah supaya dapat dilihat seperti seorang yang sufi dan zuhud. 

Namun begitu, tidak begitu mudah para pengundi di Kuala Besut untuk mempercayainya. Penduduk kampung beliau sendiri mengenali beliau kerana beliau tak seperti sesumpah yang pandai menyamar dengan keadaan sekelilingnya. 


Di dalam tempoh berkempen ini, sudah pasti pelbagai pendekatan akan diguna pakai sebagai satu usaha untuk menarik minat dan simpati para pengundi. Ada yang mengunakan pendekatan konvensional seperti kebiasaanya malah tidak ketinggalan ada yang mengunakan pendekatan ‘reverse psychology’ bagi mengelaburi pandangan rakyat.

Terbaru calon Pas bagi pilihanraya kecil Kuala Besut Azlan @ Endut mengunakan penampilan seperti ahli Sufi bagi menipu para pengundi. Sejak bermulanya aktiviti kempen, dia dilihat cuba berlagak alim dengan gaya seperti seorang ahli agama sehingga ada dikalangan penduduk di Kuala Besut yang mengatakan dia seorang yang zuhud.

Namun ternyata itu semua adalah merupakan helah politik semata-mata, kerana majoriti penduduk yang mengenalinya secara dekat mengatakan calon Pas ini tak ubah seperti seekor sesumpah.

Ini kerana penampilan dan gayanya amat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini. Rata penduduk yang mengenalinya mengatakan ‘calon cari makan’ ini adalah merupakan seorang yang kaya raya. Selain mempunyai rumah banglo yang besar dia juga dikatakan mempunyai puluhan kereta mewah.

Ini semua politik. Sebelum jadi calon dia hidup bermewah-mewah, tapi lepas dipilih jadi calon penampilan dan gayanya terus berubah seperti seorang ahli Sufi yang zuhud.

Bukan berniat untuk menghina, kalau betul pun nak kempen gunakanlah cara yang lain. Bukannya berlagak alim dengan perwatakan seperti ustaz dan ahli agama.

Rakyat Kuala Besut kenal sangat dengan Che Long ni. Dia orang kaya, sibuk uruskan perniagaan. Tapi bila jadi calon, terus berubah watak. Patutnya dia jumpa pengundi dan bagi tahu khidmat dan isu yang nak dibawa. Bukan menipu pengundi dengan gaya dan penampilan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels