Pages

Monday, 22 July 2013

#PRKKualaBesut : Kehadiran Haji Hadi Awang Menyemarakkan Lagi Kempen PAS Di @kualabesut_


Nampaknya dengan kehadiran Haji Hadi Awang yang merupakan Presiden PAS tidak memberikan apa-apa impak kepada penduduk di Kuala Besut. Hanya sekitar 200 orang sahaja yang menghadiri ceramah beliau yang diadakan di Kampung Nail, Kuala Besut. 

Rata-rata program yang dianjurkan oleh pihak PAS untuk berkempen di Kuala Besut tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini jelas bukti bahawa Kuala Besut akan menjadi milik BN dan misi 16:16 yang diwar-warkan oleh pihak PAS itu akan lesap menjadi abu. 


Setelah ramai yang mempersoalkan mengenai ketidakhadiran beliau, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang akhirnya muncul buat pertama kalinya bagi membantu kempen calon Pas di Kuala Besut. Dengan hari berkempen berbaki lagi 4 hari, Hadi Awang memulakan gerakan kempen sulungnya dengan menyampaikan ceramah selama 20 minit di Kampung Nail malam tadi.

Dan seperti yang telah diduga kehadiran Hadi malam tadi, masih juga GAGAL untuk menarik bilangan pengundi di Kuala Besut. Dengan kehadiran sekitar 200 orang. Kegagalan pimpinan tertinggi Pas khususnya dari kumpulan ulama dan muslimah sebelum ini telah menimbulkan persepsi kononnya calon parti itu Azlan Yusof diboikot oleh pimpinan Pas negeri dan kawasan.

Ramai dikalangan pemerhati politik sebelum ini merasakan wujud masalah dalaman dikalangan pimpinan negeri dan pusat, apabila Pas membuat keputusan untuk meletakkan calon pilihan Naib Presiden, Husam Musa.

Tambah menguatkan andaian tersebut apabila Husam yang merupakan pemimpin Pas Kelantan, dikatakan telah merampas jawatan Pengarah Pilihan Raya parti itu di Kuala Besut yang sepatutnya diberikan kepada Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut. Malah pemergian Abdul Wahid untuk menunaikan umrah ketika parti itu sedang berdepan dengan pilihanraya juga dikatakan sebagai tanda lepas tangan ekoran campur tangan yang melampau dari kepimpinan Pas negeri Kelantan.

Berbalik kepada ceramah yang disampaikan oleh Hadi malam tadi di Kampung Nail, rata-rata yang hadir agak terkejut dengan sambutan kehadiran yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Ini kerana selaku Presiden parti, adalah tidak wajar bekas menteri besar Terangganu itu dimalukan dengan kehadiran sekitar 200 orang.


Namun begitu, apa yang paling menarik perhatian ialah, Hadi langsung tidak menyebut mengenai calon parti itu. Hadi berulang kali meminta hadirin yang hadir agar menyokong Pas dan merayu supaya para pengundi memberikan peluang kepada parti itu dalam pilihanraya kecil kali ini.

Malah tindakan Hadi itu turut menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka yang hadir, ada yang mengatakan dia terlupa ekoran masa yang diberikan kepada terlalu pendek. Namun ada juga mengatakan itu sebagai tanda dia masih tidak boleh menerima calon cari makan bagi mewakili parti itu.

Lebih memeranjatkan, di akhir ceramah pihak penganjur langsung tidak melancarkan ‘tabung derma jihad’ seperti kebiasaanya. Ini bagi mereka yang sering menghadiri ceramah pakatan pembangkang pasti sinonim dengan tabung derma yang dilancarkan setiap kali ceramah. Oleh yang demikian ketiadaan kutipan derma pada program yang di adakan malam tadi sudah pasti menimbulkan sedikit tanda tanya.

Melalui pertanyan dengan mereka yang hadir, pertama ia mungkin disebabkan kerana calon Pas pada kali ini adalah merupakan orang kaya, oleh itu sekiranya penganjur masih meminta derma sudah pasti akan menimbulkan kemarahan para penyokong parti. Ini kerana mereka sedar dan tahu akan kemampuan yang dimiliki oleh Azlan.

Kedua jumlah kehadiran yang tidak seberapa pada program yang diadakan malam tadi juga merupakan faktor penyumbang untuk tidak mengutip derma. Ini kerana penganjur sedar jumlah yang bakal diperolehi pasti tidak balik modal sekiranya ditolak dengan upah para petugas dan kos-kos lain.

Dan yang terakhir, pengajur dikatakan telah dinasihatkan oleh orang-orang tertentu, agar tidak mengutip derma. Ini kerana faktor ekonomi penduduk kampung yang rendah boleh menyebabkan mereka marah sekaligus menolak calon Pas ketika proses pengundian yang bakal diadakan pada 24 Julai ini.


P/S: Jalan pun berbeza. Kerajaan yang mentadbir pun berbeza la. =)

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels