Pages

Tuesday, 23 July 2013

#PRKKualaBesut : Pengundi Muda Perlu Diberi Perhatian @Mustapa_Mohamed @NajibRazak



KUALA BESUT- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed meminta jentera Barisan Nasional (BN) yang menjalankan kerja kempen pada pilihanraya kecil, DUN Kuala Besut supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada pengundi muda yang menjadi undi penentu bagi DUN tersebut.

Katanya mengambil iktibar pilihanraya umum ke 13 di Kelantan baru-baru ini, undi penentu adalah pengundi muda yang telah menyebabkan BN gagal menawan Kelantan.
Senario pada hari ini memperlihatkan golongan muda terpengaruh dengan gerakan pembangkang yang mahu menukar kerajaan BN kepada pakatan dan undi golongan ini merosot pada pilihanraya lalu.

Untuk itu, perhatian perlu diberikan secara khusus, supaya golongan ini kembali memilih BN.
“Jadi puteri kita dan pemuda di harap dapat memainkan peranan lebih aktif mendekati pengundi muda di Kuala Besut kerana mereka adalah kumpulan yang besar dan sikap mereka kadang-kala sukar nak ditentukan,” katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Parlimen Jeli di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menyeru kepada petugas pilihanraya kecil Kuala Besut supaya peka dengan kemahuan pemilih muda dan sentiasa berdampingan dengan mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, kesemua 14 bahagian Umno Kelantan dijangka akan memulakan mesyuarat bahagian masing-masing selepas Aidilfitri nanti.

Katanya mesyuarat di peringkat cawangan sudah bermula dalam bulan ini, manakala di peringkat bahagian ianya di jangka bermula selepas sambutan Aidilfitri nanti. - AWANI

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels