Pages

Saturday, 17 August 2013

#PemilihanUMNO2013 : Khairul Azwan Harun @azwanbro Menepati Kehendak Pemuda


Menjelang Pemilihan UMNO 2013 Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang disandang Dato Razali Ibrahim kosong memandangkan had usia Dato Razali Ibrahim yang melebihi 40 tahun. Kekosongan ini membolehkan kerusi nombor dua tertinggi dalam sayap kiri UMNO dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang. 

Setakat ini enam ahli pemuda tampil menawarkan diri untuk merebut kekosongan tersebut. Daripada enam calon yang berhasrat untuk bertanding, tiga nama dikatakan menjadi pilihan di kalangan pemuda manakala selebihnya dilihat sekadar memeriahkan pertembungan sepanjang proses pemilihan kelak.


Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merupakan individu kedua terpenting dalam sayap kiri UMNO. Jadi wajar calon tersebut memiliki keberanian untuk berdepan dengan sebarang cabaran. Memerhati tiga senarai pilihan buat masa ini admin melihat Khairul Azwan Harun menepati pemimpin muda yang diperlukan ketika ini.

Khairul Azwan Harun
Pertama dari segi gerak-kerja di peringkat bahagian dan negeri, admin merasakan gerak kerja dan aktiviti yang dilakukan oleh Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak dilihat berjaya menarik minat anak muda Melayu di negeri tersebut. 

Akademi Pemuda antara satu platform yang berjaya digerakkan Khairul Azwan Harun, melalui akademi yang mempunyai 15 pekerja sukarela banyak kerja-kerja kebajikan melibatkan anak-anak yatim berjaya dilaksanakan di negeri Perak. 

Selain itu aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO turut digerakkan dan ia sejajar dengan agenda mendidik dan memperkasakan ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Bukan sahaja gerak kerja di peringkat negeri berjaya digalas dengan baik, keberanian Khairul Azwan Harun mencabar beberapa tokoh pembangkang seperti Ngeh Ko Ham, Nizar Jamaluddin setiap kali timbul isu berbangkit di negeri Perak antara ciri-ciri yang dikehendaki dalam pemuda.

Jamawi Jaafar
Admin tidak mahu menafikan peranan Jamawi Jaafar di Bahagian Tenom dan juga di peringkat pusat. Selaku exco yang bertanggungjawab terhadap kesenian dan kebudayaan. Kejayaan Jamawi Jaafar melalui BN Youth Job Music memang tidak boleh dipertikaikan.

Begitu juga peranan Lokman Adam selaku Exco Pemuda yang bertanggungjawab menjaga unit pidato. Namun rekod lampau Lokman Adam iaitu bekas ahli PKR telah membangkitkan rasa kurang yakin terhadap kesetiaan beliau memperjuangkan serta mempertahankan sesuatu isu.

Tanpa kesetiaan dalam mempertahankan sesuatu isu, sudah tentu sukar untuk pemuda memberi ruang kepada Lokman Adam menggalas tanggungjawab orang nombor dua dalam pergerakan pemuda.

Secara kesimpulan admin merasakan Khairul Azwan Harun menepati kehendak pemuda. Selain berani melakukan cabaran terhadap pembangkang. Gerak kerja beliau di negeri Perak terbukti berjaya dilaksanakan dengan baik.

Pendek kata nak suruh buat kerja Khairul Azwan mampu laksanakan, hendak lihat beliau 'berkubang' mengusik pemimpin pembangkang pun beliau dilihat berani berbanding calon-calon yang lain.

**Pendapat peribadi penulis yang juga Ahli Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah, Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels