Pages

Saturday, 31 August 2013

#TandaPutera : @azwanbro Bidas Tindakan Bodoh @cmlimguaneng #OneBro4NKP


Tindakan Lim Guan Eng yang melarang filem 'Tanda Putera' di tayangkan di Pulau Pinang terus mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Tanda Putera sendiri melabel Lim Guan Eng sebagai seorang yang PREJUDIS, PERASAN, HIPOKRIT dan TIDAK MATANG. 

Kali ini Lim Guan Eng mendapat bidasan daripada Ketua Pemuda UMNO Perak, merangkap Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia iaitu Khairul Azwan Harun A.K.A Azwan Bro tentang tindakan bodoh beliau menyekat penyiaran Tanda Putera di negeri dibawah pentadbiran beliau. 

Azwan Bro menyatakan bidasan beliau di dalam laman blog rasminya AZWANBRO.COM di mana dia menyuarakan bahawa tindakan Lim Guan Eng adalah tindakan yang tidak matang dan membuat spekulasi sesuatu tanpa usul periksa dahulu yang kononnya Tanda Putera membawa isu perkauman tanpa beliau menontonnya dahulu. 

WWW.AZWANBRO.COM :

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung agar tidak menayangkan filem Tanda Putera adalah satu tindakan yang “amat bodoh” dibuat oleh seorang pemimpin negeri.

Lim Guan Eng telah membuktikan bahawa DAP tidak pernah mengamalkan demokrasi dan kuku besi. Pengharaman Tanda Putera di Pulau Pinang memang telah dijangkakan, dengan pengharaman ini mungkin beliau beranggapan bahawa rakyat Pulau Pinang akan terus alpa dan lupa kepada sejarah negara.


Persoalan yang harus kita tanyakan kembali kepada Pakatan Rakyat adalah, mengapa hanya di Pulau Pinang tayangan filem ini diharamkan? Sedangkan Pakatan Rakyat menguasai tiga negeri di Malaysia. Mengapa perlu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat filem berbentuk sejarah daripada ditayangkan di negeri tersebut?

DAP Pulau Pinang menuduh Tanda Putera sebagai filem yang bersifat perkauman adalah sangat tidak matang dalam menilai filem tersebut. Saya menyarankan agar kita menonton terlebih dulu filem Tanda Putera sebelum membuat kesimpulan melulu.

Saya dimaklumkan segala babak yang diwujudkan dalam filem ini berlandaskan fakta yang tercatat dalam sejarah negara. Saya percaya produser dan pengarah Pesona Pictures Sdn Bhd, Datin Paduka Shuhaimi telah melakukan banyak kajian serta rujukan dengan pihak yang sepatutnya sebelum menghasilkan filem tersebut dan tiada agenda tersirat dan bukan untuk kepentingan politik melainkan ia berdasarkan sejarah agar kita mengenali dan berfikir sebagai rakyat yang lebih matang.

Tanda Putera bukan filem politik sebaliknya mengisahkan sejarah bagaimana Perdana Menteri kedua Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak serta Timbalannya Allahyarham Tun Dr Ismail, memulihkan keadaan negara daripada pelbagai insiden.



0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels