Pages

Tuesday, 24 September 2013

@AzwanBro Serius Menangani Kes Rasuah Dalam Persatuan Bola Sepak Perak.

Persatuan Bolasepak Perak


Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) pada Isnin menggantung kesemua pegawai dan petugas pasukan Liga Super negeri itu selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku elemen rasuah dan sabotaj dalam skuad itu.



Timbalan Presiden Pafa Khairul Azwan Harun berkata pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis hari ini untuk menyiasat kemungkinan berlaku rasuah dan sabotaj berikutan siri kekalahan pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia. 
"Kami juga menubuhkan pasukan petugas khas yang diketuai pengerusi jawatankuasa disiplin Pafa Datuk Ismail Saffian untuk menyiasat secara terperinci apa yang kami syaki ini.

"Siasatan akan dijalankan dalam tempoh dua minggu. Mereka akan melaporkan siasatan kepada Jawatankuasa Pengurusan Negeri dan Jawatankuasa Eksekutif Induk Pafa," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin. 
Beliau berkata elemen sabotaj dan rasuah bola sepak itu disyaki berlaku dalam skuad kendalian jurulatih Azraai Khor Abdullah itu sejak empat perlawanan Piala Malaysia lepas dan kemuncaknya apabila Perak tewas 1-6 kepada Sarawak di Kuching, Sabtu lepas.

Beliau berkata sepanjang tempoh digantung itu, semua pegawai dan petugas terlibat wajib melapor diri setiap hari di pejabat Pafa di sini mulai Rabu ini manakala pemain juga diminta berbuat demikian pada tarikh sama selain menjalani latihan seperti biasa.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels