Pages

Monday, 2 September 2013

Blogger Pro Pembangkang Kuat Melenting


Sebelum PRU13 (iaitu semenjak tahun 1998 lagi) pemimpin-pemimpin politik dan penyokong parti politik BN, PAS, DAP dan PKR yang kemudiannya menjadi PR dan blogger-blogger politik giat menggunakan laman blog, media sosial, Facebook, Youtube dll bahan melalui Internet dan IT untuk menyuarakan dan menyampaikan pendapat, pandangan, sokongan,kemarahan, sindiran atau bantahban masing-masing.

Ada yang menyentuh isu-isu yang sensitif seperti isu bangsa, kaum dan bahasa, isu agama dan budaya, isu pentadbiran dan oengurusan Kerjaaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan, isu jenayah, rasuah, kebabasan, hak asasi manusia, sistem keadilan undang-undang (justice system), isu pendatang haram dll lagi.

Ada mereka yang menulis dan memberi pendapat,pandangan dan komen mengikut fakta yang betul. Ada yang memberi komen secara “constructive critism” atau memberi pandangan dan komen untuk membena masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik, maju dan berjaya. Tetapi ramai juga yang menulis dan memberi komen mengikut perasaan – perasaan marah dan benci terhadap seseorang, sesuatu kaum, bangsa dan agama. Ada yang membuat tuduhan liar dan menfitnah tanpa asas dan bukti seperti menuduh SPR, Kerajaan BN, Polis, SPRM dll jabatan dan agensi Kerajaan.

Selepas PRU 13 maka saya percaya ramai bloggers dan penyokong-penyokong parti politik terutama penyokong DAP, PAS dan PKR dan penyokong BERSIH bahawa cara menfitnah, melontar tuduhan-tuduhan tanpa bukti dan tidak berasas meletihkan dan membosankan dan membuang masa. Maka sebab itulah, saya percaya “Blog Politik Malaysia Semakin Suram”.

Walaubagaimana pun bloggers pro UMNO dan BN perlu meneruskan perjuangan parti melalui blog dan sosial media dengan menulis dan menyampaikan pendapat, pandangan dan cerita-cerita serta fakta yang boleh membantu dalam usaha “Membena Negara” atau “NATION BUILDING” sebagai rakyat dari sebuah negara yang berdaulat dan Merdeka semenjak tahun 1957 – bebas dari pengaruh penjajahan – pandai dan bijak mentadbir dan mengurus negara tanpa penyewelengan dan RASUAHm Bersih, Cekap dan Beramanah.


Merdeka! (7 kali), Bersekutu Bertambah Mutu! Satu Bangsa Satu Bahasa! Malaysia Boleh! 1Malaysia!

SUMBER : My Media

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels