Pages

Monday, 23 September 2013

#LahadDatu : Dasar DAPig - Pejuang Negara Diremehkan, Chin Peng Diagungkan.


KUNJUNGAN beberapa pemimpin DAP memberikan ‘tabik hormat’ kepada mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng di Thailand minggu sudah, seharusnya membolehkan pasukan keselamatan negara menyiasat hubungan parti tersebut dengan PKM sebelum ini.

Perlu dipastikan apakah DAP adalah cabang politik kepada PKM seperti mana Sinn Fein menjadi sayap politik kepada IRA?

Kita tidak menuduh tapi sokongan DAP terhadap PKM seperti dilihat dari penghormatan terakhir yang diberikan pemimpin seperti Jeff Ooi (Ahli Parlimen Jelutong yang juga bekas Ketua Staff Guan Eng) menimbulkan persoalan besar mengenai hubungan terselindung yang mungkin wujud antara DAP dan PKM sebelum ini.

Masa wira negara Kanang a/k Langkau dan wira-wira Lahad Datu dikebumikan, tak pulak nampak Jeff Ooi datang melawat, Chin Peng mati kat Bangkok, gagah pulak pergi.

Sebab itu kita curiga dan jika dapat dibuktikan hubungan itu wujud, penulis menggesa pemimpin-pemimpin DAP terlibat dikenakan dakwaan melancarkan perang terhadap DYMM Yang Dipertuan Agung dimana hukuman mati diperuntukkan.

Ini perlu dilakukan segera kerana komunis berhutang nyawa dengan ramai rakyat Malaysia, tak kiralah anggota keselamatan atau tidak. Dan setelah PKM tidak dapat dikenakan tindakan kerana anggota mereka melarikan diri ke Thailand, maka DAP perlu menanggung akibatnya.

Itu kalau hubungan antara DAP dan komunis ini dapat dibuktikan. Lagipun, struktur organisasi DAP sangat mirip dengan PKM. Kalau PKM diketuai seorang Setiausaha Agung, DAP pun begitu juga. Justeru, kebarangkalian bahawa parti ini menyokong perjuangan komunis, tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Selain itu, kedua-duanya (DAP dan PKM) turut menyasarkan orang cina untuk menganggotai pertubuhan masing-masing dan kebetulan atau apa, orang Cina pun turut tertarik dengan idealogi DAP dan PKM sehingga memilih untuk menyertainya secara beramai-ramai.

Benar, DAP dan PKM turut mempunyai keahlian dari kalangan bangsa lain, tapi jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan orang Cina. Ini adalah fakta, bukan perkauman atau ada niat jahat - perlu jelas tentang itu.

Semua ini menuntut siasatan mendalam oleh pihak berkuasa negara. Walaupun Akta berkaitan telah dihapuskan (ISA) selain PKM pun telah meletakkan senjata (bukan idealogi) pada 1989, tetapi penulis yakin ada ruang-ruang lain dalam undang-undang negara kita yang boleh digunakan untuk menyabitkan DAP dengan kegiatan keganasan, jika terbukti mereka memang mempunyai hubung kait dengan PKM.

Seperti mana undang-undang melarang abu Chin Peng dari dibawa pulang yang bukan dijumpai dalam akta berkaitan keganasan, tapi akta berkaitan kesihatan.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels