Pages

Wednesday, 18 September 2013

#PemilihanUMNO: JOM KENALI CALON EXCO PEMUDA DARI KELANTAN, ARIFF HAKIMI HAJI ZULKIFLI!! #AriffHakimi4Exco


Sebelum ini beberapa sahabat penulis melontarkan persoalan siapakah yang bakal diketengahkan oleh barisan Pemuda UMNO Negeri Kelantan sebagai calon exco pergerakkan pemuda UMNO Malaysia dalam Pemilihan Agung UMNO 2013 nanti.

Akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila penulis dimaklumkan bahawa Ariff Hakimi Hj. Zulkifli merupakan calon yang dipersetujui dan diberi pengesahan oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan Anuar Safian.

Ariff Hakimi atau dikenali sebagai Ariff di kalangan rakan-rakan merupakan ahli pemuda UMNO dari Bahagian Pasir Puteh merupakan Naib Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) dan Pengarah Eksekutif Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) sebuah NGO yang terlibat dalam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di UiTM di bawah program Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB).

Tinggal tiga hari sebelum menjelang hari pencalonan, penulis melihat semakin ramai ahli pemuda yang tampil menawarkan diri bagi merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia sekaligus membuktikan bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang lebih terbuka berbanding pembangkag.

Berikut penulis sertakan sedikit profil Ariff Hakimi :


Nampaknya ahli akar umbi pemuda mempunyai banyak pilihan, kerana penulis dimaklumkan setakat ini lebih 60 borang telah diambil oleh individu-invidu yang ingin bertanding dalam pemilihan UMNO 25 September ini. - SUMBER

0 comments:

Post a Comment

Share

Blog Archive

PING BUSUK !

Ping Je

Labels